Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Ust. Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub (kiri), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) pada Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam. (Gambar Mstar)
23 ulasan:
kita sepakat
tahniah,hidup islam
BERJUANG KE JALAN ALLAH... ALHAMDULILLAH.
tahniah..
pada YB salahudin ayub and Datuk mahfuz..
saya sokong anda.
bawalah perjuangan PAS dalam kerajaan malaysia.
insyaAllah..
say no to unity goverment
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang meneg. Bagi mereka yang tidak berjaya jangan putus asa. berkhidmat denganlebih tekun dan rajin bagi kejayaan PAS.
Please sign on http://www.petitiononline.com/cyanide/petition.html to safe Bukit Koman villagers from cyanide poisoning! We care of all people in Malaysia because we are Malaysian!
sdr yb,mgkn sy akn MENINGGALKAN perjuangan pas sdkt masa lg,sy xfhm knp perwakilan pas lbh cenderung memilih nasa sbg t.p dmna tlh jelas dia tlh menyertai pertemuan sulit dgn umno u ug,nmpknya pemimpin pas tlh dserang pnykt hubbud dunya,igtlh,lakum dinukum wa liya diin,walal akhiratu khairun laka minal uula,dn bbrpa ayt lg,,knp,,adkh hnya ulama y mmperjuangkn islam,kump profesional xlyk jge islam????klu brjuang pn xd nilainya kut..maklumlah 'ulama' kn MAKSUM dlm pas
Tahniah kpd yg menang dan bukanlah suatu yg aib bagi yang kalah.Nampaknya inilah gandingan yg paling mantap setakat ini...Tahniah kepada perwakilan semua. semoga PAS membawa perubahan yg besar dalam politik tanah air malaysia.
Masyallah...mudah2an keberkatan sentiasa bersama pemimpin2 PAS For All!!
salam...
blog anda telah di link ke tekong darat...
tq
TAHNIAH KPD YG MENANG.ANA HARAP KALIAN TERIMA LAH KEMENANGAN INI SEBAGAI SATU TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UTK MEREALISASIKAN CITA-CITA DAN PERJUANGAN PARTI.
Tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru, Saya mewakili PAS Cawangan Dabong, Kelantan merakamkan setinggi2 penghargaan kepada anda semua. Kami semua menyokong anda dari akar umbi. Takbirrr!!!
Tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru. PAS Ranting Dabong, Kelantan merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan PAS yang baru. Kami di peringkat akar umbi menyokong spenuhnya kepimpinan anda. Takbirr!!!
kepada tanpa nama..kamu nak klua pas kluarlah..tp jgn jd munafik bila pas pegang putrajaya..
sume org kate ulama bukan maksum bukan org profesional je kate camtu..profesional juga bukan maksum..tp antara profesional dan ulama mana lg tinggi ilmunya??
ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT
kepada pemegang amanah ahli pas syabas diucapkan dan yg tidak berjaya ini bukanlah pengakhiran perjuangan anda
takbir takbir dan terus bertakbir
WASSALAM
Alhamdulillah 50% perwakilan memilih Ustaz Nasha dan selebihnya memilih Husam atau Abang Mat.
Kebanyakan yang mengutuk Ustaz Nasha secara berlebihan adalah bloggers yang berkemungkinan dari PR menyerap ke PAS kerana kepimpinan PAS yang lebih mantap.
Kebanyakan yang mengutuk adalah kerana kurangnya penglibatan Ustaz Nasha dalam program2 demonstrasi. Siapakah peminat demonstrasi? Budaya demonstrasi bukanlah berasal dari PAS melainkan anwar Ibrahim. Semasa DSAI masih belajar dulu, beliau memulakan budaya demonstrasi. Bila beliau memasuki UMNO, demonstrasi jalanan terhenti. Bila beliau dipinggirkan maka demonstrasi bersambung kembali.
Demonstrasi jalanan cukup diminati oleh DSAI. Maka apakah perlu dan wajib pemimpin PAS juga terikut2 gaya politik sebuah parti lain? Wajibkah? Siapa PAS? Adakah PAS anak didik PKR? Adakah PKR telah dapat menguasai PAS?
Berdosakah Ustaz Nasa kerana tak berkenan dengan demonstrasi. Adakah saya bersalah kerana mempunyai pendapat yang lain? Adakah demonstrasi yang dianjurkan PKR wajib dihadiri oleh pasrti yang bergabung dengannya?
Nonsense!
Saya hanyalah AJK disebuah kawasan dan cawangan. Saya hanya bilis, tapi saya tak pernah berkenan akan demonstrasi. Saya kagum dengan ucapan Anwar dan cara beliau berhujjah, tapi saya tak pernah meminati gayanya politiknya. Bukan dendam kerana dia pernah menyebabkan kita kalah, tapi kurang Islamiknya cara politik beliau dan mendesaknya cara beliau terhadap PAS. Mendesak yang halus sehingga membuahkan ramai askarnya memasuki PAS dan sanggup mengehntam orang yang tak dapat mengikut rentak tari beliau.
Bila Nasa terpilih ramai yang mencadangkan untuk menubuhkan sebuah parti baru. Tafaddhal! Silakan! Pastinya yang mencadangkan untuk menubuhkan parti baru itu adalah ahli yang baru saja menyertai PAs dan mahu PAS menurut kemahuan mereka. Sedarlah bahawa PAs hanya berjuang untuk Islam. Pemimpin boleh datang dan pergi, ahli boleh datang dan pergi, tapi PAS tetap PAS. sudah berapa buah parti yang ditubuhkan kerana kecewa dengan PAS? tapi apa jadi dengan mereka? Adakah mereka yang berhasrat untuk keluar pasrti itu pejuang atau mengikut kata hati?
Drs,Dgn izin kpd admirer Husam dan Brother Mohamad Sabu ingin saya balut rasa dukacita sdra dgn ucapan "La Tahzan"Kalau Husam dan Brother Mohamad Sabu boleh menerima nya dgn tenang lapang dada bersama lah kita reda dan berbaik sangka. Nona Ratana Chulaborn.
Tahniah kepada kepimpinan baru. Anda adalah amanah ahli, amanah Allah dan satu harapan perubahan oleh rakyat Malaysia. Dalam hal ini saya mahu mengingatkan kepimpinan ini supaya membuat sesuatu memberi ilmu Islam kepada semua ahli. Lazimnya saya perhatikan ahli hanya sekadar jadi ahli tetapi tidak diberi ilmu amalan Islam. Keterampilan ahli mesti lebih baik daripada lawan, ilmunya, akhlaknya, dan pendekatannya. Inilah yang boleh menjinakkan orang lain kepada PAS.
APA YANG PENTING...KERJASAMA!!!!WONDERPET
perwakilan muktamar tidak dengar nasihat mursyid am untuk menolak pemimpin pro umno. So muslimat dengkil, tolong cermin muka sikit, kalau dalam pas tak nak dengar nasihat mursyid am, apa ada erti lagi dengan kepimpinan ulamak.saya juga ahli dna bilis dalam pas, tapi tahu dan sanjung mursyid am.
zailanomar@yahoo.com.my
perwakilan tidak dengar nasihat mursyid am untuk tolak pemimpin pro umno. Degil,
muslimat dengkil sila cermin muka dulu
Aku undi Hussam... sebab dia ada wawasan
Aku tak undi mat sabu...sebab dia kaki demo.
Aku tak undi Nassa .... sebab dia mondom.
Tapi Nassa jugak yg menang... harap harap ahli PAS tak mondom lepas ni.
Catat Ulasan