22 Ogos 2009

Teruskan Perjuangan Bloggers PAS Perak

Oleh : mohd hafez sabri

Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan program santai bersama bloggers anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak.Program yang dianjurkan ini banyak memberi manfaat dan panduan kepada bloggers PAS khususnya bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Kita perlu memahami bahawa penulis blog adalah seorang manusia yang gemar berinteraksi dengan masyarakat dan suasana, memberikan respon pada fenomena atau gejala yang berlaku pada persekitaran dan dunianya, serta membentuk pandangan dan membina ideanya dalam penulisan.

Individu penulis adalah insan diam tetapi bergerak. Mungkin tampak senyap dan diam, tetapi ghairah dan mendesak-mendesak dalam dunia mata pena yang lebih tajam daripada pedang. Golongan bloggers PAS mewakili ummah atau masyakat untuk menuarakan hati mereka dan berkongsi maklumat yang benar dengan mereka, Bloggers PAS Perak khususnya seumpama mewakili solidarity suara rakyat di Perak, mereka akan sentiasa membawa wadah-wadah kebenaran dan keintelektualan pada pada tulisannya Sebagai renungan, menulis adalah satu jihad yang harus dimaklumi andai rasa tanggungjawab itu saban hari mengasak jiwa dan sensitiviti sebagai umat Islam sentiasa segar dalam roh mukmin Menyedari betapa pentingnya aktiviti penulisan di dalam mencorak pemikiran, keyakinan dan budaya seseorang individu dan masyarakat, maka PAS Perak bergerak kearah memperkasakan lagi aktiviti penulisan sebagai salah satu medan dakwah yang penting. Saluran jihad penulisan ini perlu digarap secara lebih agresif dan professional. Malah medan ini perlu diceburi oleh para pendakwah secara lebih kreatif, produktif dan bersistematik., dan perlu difahami bahawa kemahiran menulis ini perlulah dimiliki oleh golongan yang ingin menggagaskan Islam kepada masyarakat

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Penerangan PAS Perak,kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya, teruskan perjuangan.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

8 ulasan:

Tok Pambu berkata...

UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

Fatimah Zuhri berkata...

Salam Bro,

Looks like the PAS/PR campaign is becoming MORE EMBARASSING. The latest :

1. PAS Cadidate for Permatang Pasir involved in RM60,000 DUIT HARAM.

2. Anwar involved in a $92,200 USD DUIT HARAM.

3. Husam Musa sacked his assistant because he was afraid his assistant will 'bocorkan' his secret of receiving RM 66,400 DUIT HARAM!

So is receiving DUIT HARAM part of the PAS/PR culture now? Is it a deposit to paradise? Maybe Nik Aziz punya paradise la kot...LOL

Kalau u all tak percaya gi la tanya MSO sendiri..I thought he's a PAS member kan? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada bloggers yang ikhlas dan benar...bloggers UBN menyebarkan pembohongan dan penipuan....

ZAID SAHLAN berkata...

Ada ulamak mangatakan: Mushaf ialah qur^an yang dibaca; dan alam ialah qur^an yang diperhatikan.
Kedua-duanya ciptaan Allah dan tentunya mengandungi panduan dan pengajaran.

Layarilah blog http://pengeluarantanaman.blogspot.com/ sedikit ikhtiar sains gunaan yg mahu melihat kebesaran Allah.......

Tanpa Nama berkata...

sempena bulan mulia ni mari kita sama2 tingkatkan jihad kita di jalan allah..Allahu Akhbar....

apa kata sambil berblog kita sama2 tambah pendapatan, sambil merancang kewangan kita

http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=metro0808

ZAID SAHLAN berkata...

Kelebihan bercucuk tanam ( tazkirah dari Tn Guru Nik Aziz) Sila layari :http://15malaysia.com/films/the-tree/

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

SALAM RAMADAN ALMUBARAK UNTUK SEMUA BLOGER. WALAUPUN RAMADAN TIBA NAMUN PERJUANGAN MENEGAK KEBENARAN PERLU DITERUSKAN. TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

Siapa MSK? dah tentu bukan Malaikat, orang yang suruh tanya MSK tu cuba tanya MSK apa Zahid Hamidi dah racun dia!!