REMAJA LEPAK BULAN RAMADHAN: PUSAT SIBER DAN KAFE
SIBER LEBIH RAMAI DARI SURAU DAN MASJID
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dan
kecewa dengan suasana yang berlaku di sekitar Ipoh yang mana
sudah separuh bulan ummat Islam dengan suasana beribadat puasa
di bulan Ramadhan manakala sebelah malamnya menunaikan solat
Sunat Tarawih dilihat bertentangan di mana remaja melepak di Pusat
Siber dan Kafe Siber dan bukannya di Surau atau Masjid.
DPPK IT mendesak supaya Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) dan juga Jabatan Agama Islam Negeri Perak
(JAIPk) mengambil tindakan segera dengan suasana yang berlaku
kerana ianya memberikan gambaran buruk kepada masyarakat serta
ianya menambah burukan lagi keadaan gejala sosial yang telah
berleluasa terutama di Bandar Raya Ipoh ini.
DPPK IT mengharapkan pihak MBI dan JAIPk dapat turun padang
melihat sendiri suasana tersebut dan mengambil sebarang tindakan
segera untuk memulihkan suasana yang agak negatif tersebut. DPPK
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR
IT minta semua pihak menghormati bulan Ramadhan terutama
kepada ummat Islam yang sedang beribadah ini.
DPPK IT menasihati supaya semua remaja agar jangan membuang
masa terutama sudah hampir separuh bulan terakhir pada
Ramadhan ini di Pusat Siber dan Kafe Siber. DPPK IT juga
menasihati agar semua remaja menumpukan ibadah kerana akan
berakhirnya separuh bulan Ramadhan dan akan menjelang bulan
Syawal kelak.
AHMAD SHAHRIL JALALUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

1 ulasan:
Hebat lah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur tentang sakit hatinya dengan remaja yg mengunjungi Pusat Siber @ Kafe Siber.
Ini pandangan saya:
1) Jika dahulu sebelum wujud suasana baru ini, ingat lagi waktu itu permainan yg sering dimainkan oleh kita ialah konda-kondi, rondes, main serek sepipar, guli,gasing dan sbgnye.Skrg remaja bijak mereka akan mengunjungi pusat ini sbg hobi masa lapang tapi bukan hobi sepanjang hari.
2) Saya setuju bebenar juga minta remaja ini menjalani ibadat sepanjang hari yg amat besar pahalanya di bulan ramadhan ini. Cuba pemuda selaku dwn pemuda Pas ini lihat pula di Komplek Beli Belah apa pula mak ayah mereka buat jika tidak membeli belah tanpa menjalani ibadah.
3) Dewan Pemuda sepatutnya tidak lah terlalu marah kpd pusat siber ini kerana bukan semua pun yg menjalankan perniagaan ini berbangsa cina malah bangsa melayu mcm saya juga buat business ini bezanya di tmpt saya 70% internet 30% game dan mereka ini terhad main bgnatung duit ditangan.
4) saya cadangkan pemuda kunjungilah pusat siber ini sbg alternatif baru mendekati golongan remaja ini walaupun mereka mengunjugi tmpt ini utk berhibur tetapi Dwn Pemuda dpt idea setidak-tidaknya utk mengelak mereka buat kerja tidak berfaedah d luar sana lagi satu mereka akan mengundi juga suatu hari nanti.
5) Saya minta lah jgnlah terlalu ikut emosi atau nak dpt nama dgn kenyataan media seperti ini. Benci juga kawe lihat, kawe pun ahli PAS juga ada jwtn dlm dwn juga.
Sekian.
Hidup ISLAM
Selangor
Catat Ulasan