01 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA : Simbah cat, awas dengan provokasi pihak lawan.

Sejak kebelakangan ini antara isu yang hangat diperkatakan ialah tindakan pihak yang tidak dikenali menyimbah cat kepada kain rentang beberapa orang pimpinan BN, terbaru seperti dilapor dalam sinar harian kain rentang ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin juga disimbah dengan cat.

Ekoran dari itu BN telah menuduh tindakan tersebut dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan telah dijawab oleh banyak pihak sehingga menibulkan kehairanan Zambry kenapa kami kononnya beria-ia sangat menafikannya.

Sehubungan dengan itu saya suka memberi beberapa kenyataan pada hari ini :

1. Saya memohon dari semua pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya terus berhati-hati dengan provokasi pihak lawan kita iaitu BN setelah melihat sejak akhir-akhir ini semacam isu menyimbah cat ini sengaja diada-ada kan.

2. Saya mengakui mustahil tidak ada pihak yang bertanggung jawab, namun timbul persoalan kenapakah perkara ini hanya berlaku terhadap kain rentang milik pemimpin BN sahaja dan banyak kain rentang yang dipasang oleh pimpinan Pakatan Rakyat tidak terusik. Setahu saya perkara ini sering berlaku semasa pilihanraya apabila pihak yang membina pintu gerbang misalnya, membakar pintu gerbang itu dan segera ditujukan kepada pihak PAS yang melakukannya.

3. Adakah ini adalah salah satu dari taktik kotor BN untuk kembali menarik sokongan rakyat setelah mereka melakukan kudeta yang jijik dan memalukan serta merosakkan kemurnian amalan demokrasi yang sekian lama diamalkan dinegara kita.

4. Pelajar sekolah tadika sehinggalah ke pusat pengajian tinggi tidak akan percaya kalau tuduhan itu ditujukan kepada PAS, kerana sekali lagi saya tegaskan bukan kerja kami untuk membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak diajar oleh Islam dan peradaban manusia itu.

5. Saya meminta pihak keselamatan memastikan segala siasatan yang dilakukan secara adil dan tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Atau yang paling malang perlu saya nyatakan lebih awal jangan sampai ada yang berlakon dan ditangkap dan mengaku tindakan menyimbah cat itu adalah arahan dari mana-mana pimpinan PAS.

Sekian terima kasih/01 Okt. 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

5 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Tidak ada cara yang lain daripada menyimbah cat pada kain rentangnya sendiri semata mata untuk membuaruk buruka parti PAS atau pakatan rakyat yang masih tidak menerima Umno/BN sebagai kerajaan.

Kerja ini dilakukan oleh orang Umno yang masuk parti keadilan rakyat di terengganu suatu masa dahulu.

Mereka ini melakukan kerja simbah cat pada gambar menteri besar Terengganu (Haji Hadi) semasa hampir hampir diadakan pilihanraya umum ke 11.

Kerja simbah cat pada gambar pemimpin ini boleh membuat parti lawan menjadi tercalar dan menyebabkan rakyat dan mengundi akan buat perhintungan hitam putih dalam pilihanraya.

Kerja itu tidak menjadi, maka PAS tumbang juga dalam pilihanraya umum 2004.

Kerja ini sebagai persiapan umno/BN untuk berhadepan dengan rakyat negeri perak serta untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kejahatan yang dilaku dan dilakonkan oleh umno sebagai perang sarat yang mungkin akan membuat pas dan pakatan rakyat berada dalam delima yang membuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Itu adalah senjata utama U/BN untuk meraih simpati rakyat terutama sekarang ini ada prk di bagan pinang.

U/BN byk helah...saya rasa ianya didalangi oleh pecacai U/BN terutama PEWARIS. sebagai bukti anda semua boleh tgk apa yg berlaku di hadapan SUK ketika nak diadakan sidang DUN pd satu ketika dahulu....

Tanpa Nama berkata...

Drs,Kalau di Siam kat Pesta Songkran ada lah acara cuak mencuak ,simbah menyimbah air tapi tak sampai simbah cat.Mungkin kat Malaysia lebih kreatif kot.Elok sgt lah PDRM buat siasatan demi mengelakkan tuduh menuduh yg berpanjangan.Bagi ahli Pas yg berakhlak insyaALlah tak terlibat dlm kerja yg sia sia ni.Yg kita tentang bukan batang tubuh zambri tetapi fahaman sempit nasionalis UBN yg didokongi nya . Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

umno pemecah belah rakyat, buat tuduhan orang lain telah menjadi budaya

Tanpa Nama berkata...

TEKTIK INI MACAM IDEA YAHUDI JE, CARA MUDAH UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN SIMPATI DARI RAKYAT. NAMUN APA PUN RAKYAT JANGAN MUDAH PERCAYA DAN TERPEDAYA. UMNO NI MACAM-MACAM HELAH, CUBA INGATKAN KEMBALI DALAM KES DSAI DENGAN MEMPENGARUHI MAHKAMAH DAN MEMPERDAYA RAKYAT. AKHIRNYA TIADA KES UNTUK DI CHARGE, WAL HAL ANUAR DAH TERPEROSOK DALAM LOKAP / JEL.