01 Oktober 2009

Nik Aziz jemput Mahathir lawat Kelantan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat dan melihat sendiri pembangunan di bawah pentadbirannya di Kelantan.

Beliau berkata, tidak perlu bekas Perdana Menteri itu datang ke pejabatnya (secara rasmi) untuk meninjau sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang mentadbir negeri ini yang dianggap mundur dan tidak membangun itu.

Nik Aziz mendakwa, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri ialah pembangunan dari segi fizikal dan pembersihan minda dan ini paling penting berbanding pembangunan fizikal.

"Kenyataan itu, (kononnya) kerajaan negeri di bawah tadbiran saya ini tidak maju dan mundur, tidak betul.

"Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Menteri Besar Kelantan itu harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu di bawah pentadbiranya.

Dr Mahathir berkata, pada satu tahap tertentu, beliau (Nik Aziz) bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal.

Nik Abdul Aziz berkata tindakan perubahan utama yang dilaksanakan di Kelantan adalah membetulkan tauhid orang Islam di negeri tersebut termasuklah isu halal dan haram.

Antara perubahan yang dibawa adalah menutup premis judi nombor ekor, menghadkan penjualan arak, melaksanakan sistem gadaian Islam dan mengimarahkan masjid.

"Brain wash yang paling penting sekali, daripada syirik kepada tauhid dan Kelantan sekarang ni tegak di atas Islam, halal haram kami ambil peduli," katanya.

Mursyidul Am PAS itu juga memberi contoh pembangunan ala pembersihan minda yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinannya dibuat sebelum hari raya barubaru ini.

Di bawah program itu, belia Islam berkerjasama dengan belia Cina dan India membahagikan juadah dan air minuman untuk berbuka puasa di jalan Kuala Krai kepada pemandu kenderaan (anak Kelantan di perantauan) yang pulang berhari raya. BERNAMA

mStarOnline/-

13 ulasan:

mekjah berkata...

salam YB...sokong sangat dengan penjelasan TNGA..membangun bersama syiar ISLAM..

Tanpa Nama berkata...

jemputlah melihat kesan tak buat pembangunan semasa mahathir jadi PM malaysia.

Tanpa Nama berkata...

memang kelantan tak mau dimajukan oleh BN dan UMNO kerana dasar mahathir hingga PM kini.

Tanpa Nama berkata...

dia tengok rumah TGNA tak macam rumah khir toyo, tu yang dia kata tak maju, memang UMNO perasuah.

Kuda Perang berkata...

Alhamdulillah, sebenarnya Kelantan tidak jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal walaupun menghadapi pelbagai tekanan dari segenap sudut dalam usaha membangunkan negeri.

Kelantan ditekan secara politik dan ekonomi oleh 'mereka2' bagi menggagalkan pembangunannya secara fizikal, namun dengan kehendak Allah Taala, Kelantan tetap berupaya membangunkan negerinya seiring dengan pembangunan yang dikecapi oleh negeri2 lain.

Ini menunjukkan bahawa buka UMNO-BeEND yang memberi rezeki kepada manusia tetapi Allah Taala lah yang memberinya.

Fizikalnya Kelantan tetap membangun dan dalam masa yang sama spiritualnya juga turut membangun, sangat jauh berbanding dahulu.

Pusat2 ilmu dan majlis2/kegiatan2 ilmu sangat rancak berlangsung meningkatkan lagi kefahaman rakyat Kelantan terhadap kehidupan beragama, manakala kegiatan2 maksiat semakin kurang.

Kalau dahulu pada tahun 70-an 80-an suatu tempat (Jalan Hamzah) di Kota Bharu sangat popular dan dikenali dengan jolokan Paris Malaysia - kerana kegiatan pelacuran tetapi sekarang telah tiada lagi.

Kegiatan perjudian berlesen, kedai2 nombor ekor, 4D dll telah tiada lagi. Begitu juga dengan penjualan arak yang tidak terbatas pada waktu dulu telah dapat dikawal dengan baik.

Segala yang dilakukan Kerajaan Kelantan bukan sahaja diterima oleh masyarakat Islam tetapi turut diterima baik dan disokong oleh seluruh penduduk bukan Islam juga.

Subhanallah Maha Suci Allah.. Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami.. Lindungilah Kelantan dan lindungilah Malaysia daripada golongan musyrikin, munafikin dan kafirin yang menentang mu Ya Allah... ameen.

anakjatiperak berkata...

puak umno nie sebenarnya dengki.takut. klu lebih lama lagi Nik aziz pegang,macam2 kemajuan akan dapat dilihat. tambahan pula tuntutan royalti minyak ni...klu dapat duit royalti,kita boleh bayangkan pembangunan tanpa rasuah yang akan dilaksanakan oleh TGNA

Tanpa Nama berkata...

israil lagi maju daripada palestin che det woi, tapi tak beriman...

Rohaifi Azri berkata...

Kelantan tiada pusat hiburan, tiada premis perjudian, penjualan arak dikawal.. mungkin itu antara faktor yang dilihat sebagai kemunduran di Kelantan pada pandangan mata seorang Mahathir...

Tanpa Nama berkata...

kelantan dibawah pemerintahan Malaysia, pakatan rakyat tak pernah pun perintah malaysia, bila selangor dan pulau pinang maju, mengaku pula yang pembangunan dibawa UBN!!!, 1 Malaysia UMNO nak perbodohkan rakyat

Hamba Allah berkata...

Cabaran Hadiah Tunai RM 10,000 Untuk Dimenangi !
http://abiarwahida.blogspot.com/

masuksuku berkata...

Salam yb
Sebenarnya walaupun saya orang selatan dan bukan daripada kelantan,saya cukup teruja dengan apa yang terjadi di kelantan..pada saya ..ianya satu negeri yang maju..teratur..dan yang penting sekali tiada kedengaran rungutan rakyat tentang masalah masalah yang berbangkit di sana..kita tengok negeri lain punya..penang bekas bn punya pemerintahan..contohnya..selangor juga sama..tentang kemiskinan tak payah cerita..kat kedah bekas pm nyanyuk punya tempat lagi teruk..tapi biasalah..orang orang yang tak cerdik macam orang umno ni akan menuding jari pada pihak lain..menjatuhkan pihak lain..macam bekas pm tu..dah berhenti sudah le..nampak sangat orang umno ni yang paling besar..tiada idea..tiada otak..tiada pengalaman..yang masih memerlukan orang lama dalam pemerintahannya..dengan idea lama..pandangan lama..lepas tu di tonjolkan pula..di debatkan oleh media yang dikuasai oleh mereka..apalah salah kelantan yang sering jadi mangsa..mungkin satu sebab adalah cara Islam yang menjadi pegangan..umno pula dengki..sekaligus membenci Islam sebenarnya..itu yang ada dalam orang orang umno...

Tanpa Nama berkata...

majukanlah dulu negeri2 bn lain yg lebih byk kadar kemiskinan drp kelantan cthnya di sabah, perlis (kemajuan fizikalnya kurang drp kelantan),sarawak (ada yg terpaksa mkn siput babi),kl sendiri ade yg byk merempat(lebih teruk miskin di bandar drp miskin di kampung) dan byk lagi tempat2 bn memerintah masih mundur...harap che det boleh nampak.

Tanpa Nama berkata...

Duit Pun Dr Mahathir kasi... Nak bongkak pulak... Bodo.

http://www.youtube.com/watch?v=JPmKKFpSG_E&feature=player_embedded#

Tok Guru korang kata...