01 Oktober 2009

Tsunami: Sekurang-kurangnya 34 maut di Samoa

Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

mStarOnline/-

8 ulasan:

Rohaifi Azri berkata...

innalillah...

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sehebat Tsunami,ia menjemput hanya 34 roh kembali ke azali.Se kecoh selsema babi sepanjang beberapa bulan ini hanya 77 mangsa yg mati.Mengapa sesingkat masa menjelang Aidil Fitri jalan raya persekutuan dan lebuhraya menjadi pusara buat 222 nyawa melayang!Musykil jua dimana silap kita? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA KENA TIPU LAGI!!!

http://www.theage.com.au/drive/proton-gwm-utes-fare-poorly-in-ncap-crash-tests-20090928-g91a.html

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Kekerapan berlakunya gempa bumi adalah petanda bahawa hari kiamat semakin hampir. Bersyukur kerana Malaysia masih lagi belum diserang dengan gempa bumi seperti ini.

Maka bersyukurlah dengan kembali kepada petunjuk al-Quran dan sunnah rasul dalam segenap kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

masyallah.......

Tanpa Nama berkata...

tsunami selsema babi di malaysia menyebabkan ramai terbunuh, kerajaan 1 malaysia suruh basuh tangan seolah-olah rakyat malaysia tak tau basuh tangan, menutup kelemahan kerajaan 1 malaysia gagal menyekat kemasukan wabak ke malaysia, rakyat didahulukan mati H1N1

abu muaz berkata...

aku bimbang kalau tsunami ini berlaku kerana ujian senjata - senjata besar amerika ....

JAMAL AL-JAUHARI berkata...

Kita sebagai hamba Allah wajib terbuka mata dan celek akal dengan amaran yang berbagai-bagai mengorbankan manusia- Muhasabahlah diri kita sejauh mana tangunjawab kita tehadap Allah kita laksanakan.