01 Oktober 2009

Umno diboikot, jika Isa tak jadi calon

TELOK KEMANG, 29 Sept:"Kami mahu Isa. Kalau tak kami BOIKOT". Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Batu 6 Teluk Kemang, di sini.

Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar, Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad.

Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa.

Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini.

Bersebelahan rumah kampung Isa, Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Datuk Ismail Taib berkata, dia telah mengarahkan budak-budaknya menurunkan kain-kain rentang berkenaan.

(Gambar: Salah satu kain rentang yang dinaikkan di Bagan Pinang)

"Ini kerja orang gila,"kata beliau sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

Ekoran itu, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa, sejak pagi tadi.

Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon.

Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih.

HarakahDaily.Net/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok Najib tak berani nak test geng UMNO ke, cuba gak skali pilih orang lain tengok BOIKOT ke tak.
Tok Isa kot ada hajat nak jadi menteri besar semula ni, Tok Mad Hassan kena perati sikit.
Kotpun dah sampai masanya Tok Isa nak berkubur di kampung halamannya sendiri,tak kiralah berapapun pengundi pos,takdir Allah sapa nak tahu. Maklumlah dulu masa kes resuah dalaman tak mati-mati lagi.

masuksuku berkata...

Salam YB.
Kelakar gila orang orang umno ni..nampak sangat berbakti untuk rakyat tu pembohong saja..semua ada udang di sebalik mee..pemimpin pemimpin besar pula penakut dan tiada telur..mengikut saja macam tiada kuasa..tapi yang herannya pulak takda pulak yang menuduh orang pembangkang punya sandiwara..masa banner kena simbah cat tuduh orang lain..tembelang dah pecah sebenarnya orang orang umno yang dunggu bahawa mereka mereka sendiri pun benci dan menyampah dengan orang orang yang tertentu dari kalangan mereka sendiri..amat mudah Allah menunjukan..

Tanpa Nama berkata...

salam YB...
salam pjuangan.....

penyokong umngok sbnarnya tampa ada pegangan dalam pati, bagi mereka mana yg boleh bagi duit/projek itu lah mereka sokong,

Tanpa Nama berkata...

masuk pemilihan bagi rasuah!!! masuk calon, kem tentera, orang jaga peti undi pos tak bagi rasuah juga ka?????

Tanpa Nama berkata...

boikot UMNO dan BN, sokong pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

ISA calon pilihan mahathir, najib dan UBN, tolak ISA, mansuh ISA