TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.
Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.
Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.
Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.
Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.
Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.
Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.
Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.
Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.
Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.
PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.
Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.
Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.
Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.
Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.
HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:
hapuskan ISA, mansuhkan ISA, pakatan rakyat anti rasuah, tidak hanya slogan seperti UMNO/BN
SPR nak tipu rakyat dalam berita 8.30 pm, masa undi pos di kem wakil calon ada, tapi masa simpan polis jaga, lihat kes kugan
SPR kata peti undi pos akan dijaga selepas pengundian, tak takut diberi rasuah kaaa penjaganya????
Mana dia pi abis puak PAS selepas umum calon? Tgk kat teluk kemang ni gelap ja..takkan takdak modai nak mengumpat dan fitnah?
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
Catat Ulasan