25 Oktober 2009

Gempa Bumi Berukuran 6.0 Skala Richter Berlaku di Papua Barat, Indonesia

Provinsi Papua Barat, Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter malam tadi.

Menurut maklumat laman web Agensi Kaji Cuaca, Iklim dan Geofizik Bumi Indonesia, gempa bumi ini berlaku pada pukul 20.15 waktu tempatan. Pusat gempa bumi ini terletak di kawasan perairan 13 kilometer dari tenggara bandar Manokwari Provinsi Papua Barat. Agensi tersebut masih belum memberi amaran tsunami.

Pegawai dari Pusat Pengendalian Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan mengenai kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

1 ulasan:

isu terkini berkata...

Alhamdullilah..
negara kita masih selamat lagi daripada ujian seperti ini. Bersyukurlah kerana anda menjadi rakyat malaysia.!