29 Oktober 2009

PAS adakan seminar ganti muktamar khas


KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi

3 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Saya mohon para pemimpin PAS membaca tulisan Profesor Abdul Aziz Bari yang bertajuk pas tidak akan pecah (Sinar Harian 27 Oktober 2009).

Baca dan fahamilah apa yang diperkatakan secara terperinci. Jangan tidak baca pakai terima bulat bulat.

Saya percaya ramai yang tidak membaca tulisan Profesor Dr undang undang UIA yang dikatakan banyak menyumbangkan bakti pada Pakatan.

Sudah banyak tulisan yang mengambarkan pro pakatan dan cuba meruntuhkan PAS dengan mengatakan kalau mahu menang pilihanraya lupakan Islam.

Jangan buat apa yang boleh mendatangkan kemarahan orang bukan islam, sedangkan orang bukan Islam tidak pernah duduk diam jika orang islam tidak ikut mereka.

Allah pernah sebut jangan jadi macam Yahudi. Fikirlah dan fahamilah akan apakah motif yang di lakukan oleh Profesor Dr. Abdul Aziz Bari itu.

Jika PAS ikut apa yang disarankan itu tunggulah masa dan ketikanya untuk hancur yang diharap harapkan oleh UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Seminar kerja pakar motivasi!!! Apa nak takutkan EGM kalu kita tidak bersalah dan ikhlas berkhidmat kerana allah, jawatan bukan jaminan keredaan allah...melainkan jawatan nabi dan rasul...

paka OILAND. berkata...

aku dah cakap Prof ni pelajaran politiknya dari guru UMNO cara politiknya,cara UMNO,cari makannya cara UMNO,tulisannya cara UMNO,masa dlm UMNO dulupun org2 mcm nilah dok kutuk dan maki PAS.
mereka masih lg berjuang dgn kebendaan sebagai habuan dan inilah dlm otak fikiran ramai kalangan DUN dan ADUN PKR.Dalam banyak bentuk pnulisan mereka ini kalau dihalusi banyak kearah adu domba diantara pemimpin PAS dan menimbulkan Syak wasangka supaya lamakelamaan PAS hancur dek petelingkhan diklngan permimpin.
Jika PAS hancur ataupun tak kuat,atau tiada lg dlm PR maka org yg sebegini snang2 membolot harta dan kuasa sama dgn UMNO.sekarang ni mereka melihat perkembangan rakyat yg menyokong
PR dan ada peluang yg besar utk memerintah Negara,Bayangkan jika PR dpt memerintah negara dgn PAS masih lg dlm PR,masih snangkah mereka membolot hasil negara?.Ingatlah PRU 13,lbih kurang 3 tahun lebih,masih ada lg masa utk mereka puak PKR utk melemahkan PAS,kalaupun tdk dpt menghancurkannya.Ingat2lah perjuang PAS semua.Wassalam semua.