26 November 2009

PASUKAN BOLASEPAK PERAK: UMNO GAGAL BANTU

Kenyataan Media (24 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan cemuhan yang dilontarkan terhadap Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak oleh Zainol Fadzi Paharudin yang juga Ahli Majlis berkaitan kegagalan penyertaan oleh Pasukan Bolasepak Perak ke kancah Liga Super musim baru tahun hadapan ini.

DPPN Pk yang telah mendapat penjelasan oleh Datuk Seri Nizar setelah mengadakan pertemuan baru-baru ini yang telah dijelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah hutang semenjak tahun 2006 lagi. DPPN Pk yakin Zainol memahami keadaan ini yang juga sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Piala Presiden Perak. Beliau tentu mengetahui bahawa sepanjang Datuk Seri Nizar memegang jawatan sebagai Presiden semua bayaran telah diselesaikan.

Itu pun Datuk Seri Nizar berusaha juga menjelaskan beberapa hutang lapuk yang perlu diberikan perhatian turut dilangsaikan. Apa yang mendukacitakan DPPN Pk ialah sikap yang ditunjukkan oleh Zainol yang berkeadaan seperti orang luar di dalam isu ini. Beliau sepatutnya membantu bagi menyelesaikan kes yang tertunggak ini. Beliau yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak sudah tentu mengetahui keadaan yang telah berlaku sekitar tahun 2006 lagi. Persoalannya kenapakah perkara ini tidak pernah beliau bangkitkan ketika itu.

Jika desakan terhadap Datuk Seri Nizar supaya berundur, beliau juga sepatutnya membuat terlebih dahulu tindakan tersebut dengan kegagalannya menjalankan tugasnya di dalam pembangunan bolasepak Perak itu sendiri. DPPN Pk mencabar Zainol untuk bertemu bagi memperjelaskan usaha beliau untuk menyelesaikan isu yang ada. DPPN Pk akan terus berusaha membantu Pasukan Bolasepak Perak bersama kempen RM1 ini bagi meringankan beban.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...harap yb dapat update lagi isu pafa ni...teruk ds nizar kene hentam dalam suratkabo..xlalu dah teman nak tgk..banyak beno yg mengarut....huh...

Tanpa Nama berkata...

dari awal lg rakyat di perak telah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku, BN sanggup bertindak luar batasan perikemanusian seperti yang terjadi pada pasukan bolasepak perak. buat pemuda pas perak teruskan usaha membantu kerana kami sentiasa menyokong perjuangan mulia ini

Tanpa Nama berkata...

nampak sngt perangai zambri yg sbnr...