19 Disember 2009

Antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, mana satu yang benar ?

1 Muharram 1431

Selepas berulang kali menafikan keputusan-keputusan yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi sekali ini Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh bagi pihak SPRM dan peguam Karpal Singh bagi pihak ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (kiri).

Saya seperti sudah tidak boleh mempercayai setiap keputusan yang diputuskan di Mahkamah Tinggi akan dibenarkan di mahkamah Rayuan. Sebelum ini Mahkamah yang sama telah menafikan du kes besar yang melibatkan negeri Perak dan kelantan.

Pada 11 Mei mahkamah Tinggi mengatakan MB Perak yang sah adalah Nizar dan pada 22 Mei mahkamah Rayuan mengatakan Zambry adalah MB yang sah.

Begitu juga dalam kes DUN Kota Siputeh di Kedah dimana mahkamah Rayuan menafikan keputusan di Mahkamah Tinggi yang mengatakan ada kekosongan dan dinafikan oleh Mahkamah Rayuan yang telah menghalang Writ Piliharaya dikeluarkan oleh SPR dan tiada pertandingan .

Kalau beginilah sering berlaku percanggahan 360 darjah antara keputusan dua mahkamah yang penting ini, sebenarnya dimanakah lagi yang akan diharapkan oleh rakyat untuk mencari keadilan.

Tidakkah hakim yang berada di Mahkamah Rayuan itu adalah yang naik pangkat dari mahkamah Tinggi juga, namun kenapa keputusannya boleh berlainan pula?

Temasuklah dalam kesMB Perak saya rasakan sesuatu yang pelik berlaku bila dalam masa 3 minit keputusan siapakah MB Perak yang sah dibacakan dan sesudah itu menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan penghakiman bertulis sebagai dokumen untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Apakah sebenarnya fungsi sebenarnya pelbagai mahkamah yang ada di malaysia kalau cuma keputusannya boleh berubah-ubah dan menyusahkan banyak pihak yang menantikan keadilan termasuklah keluarga Beng Hock ?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entahlah pelik undang2 ciptaan manusia nih..! - imam

AWANGbalak berkata...

ADALAH ORANG TUA ADA BERKATA
BAHAWA KEDAULATAN UNDANG UNDANG
DIANTARANYA IALAH
SESUATU KES ITU
BAWALAH KEPADA MAHKAMAH MANA
ATAU HAKIM MANA SEKALI PUN
MAKA ITULAH KEPUTUSANNYA
DAN ITULAH HUKUMANNYA

Rakyat Perak berkata...

YB, ulas la skit ape hujah mahkamah tinggi yg memutuskan dan ape pula hujah mahkamah rayuan yg menolak keputusan mahkamah tinggi ni....biar jelas skit...

Briged Akhdor LR2 berkata...

undang2 dari kepala otak manusia ..dan sesuka hati ler nak auta pun ..sdgkan undang2 allah lagikan ditolak ..nak harap undang2 mnusia nie bersih dan adil ...tak dapt ler..kembalilah pada hukum allah ..

Tanpa Nama berkata...

KA2:
Manusia ni tak ada peraturan yang dia takut.Pemerintah suruh takut polis, kadang2 ada polis yang rahsuah. Nak suruh takut kepada PRSM, ada pegawai PRSM yang rahsuah.Nak sauruh takut kepada polis dan kepada pegawai SPRM,kadang2 polis dan SPRM bapa dia,saudara dia atau kawan dia.Polis dia lantik.Dia tentu takut kepada yang melantik.Hakim pun dia lantik.Hakim pun takut kepada pelantik.Sebenarnya rakyat ni, dalam segala perkara mesti ditakutkan atau digerunkan dengan neraka, dosa, seksa neraka.Berikan motivasi tentang syurga dan pahala. Dalam ekonomi sebutkan neraka dan dosa, dalam pendidikan sebut neraka dan dosa. Dalam politik sebutkan neraka dan dosa.Dalam sukan sebutkan neaka, dosa dan seksa,api neraka.Oleh itu dalam semua hal rakyat dan pegawai kerajaan mesti ditakutkan dengan akhirat, qiamat, neraka, dosa dan seksa.Ini adalah yang boleh menghalang manusia daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.Termasuk tok2 hakim.Mereka mestkan kerja sebagai ubudiah. Pahala dapat gaji pun dapat.Kemdian mesti kerja dengan itqan(kualiti) dan masulliah(bertanggung jawab).Hendaklah takut kepada Allah mengatasi takut kepada kerajaan.Kerajaan mesti berpegang kepada Allah didahulukan dan diutamakan! bukan rakyat didahulukan!.

awangbalak berkata...

dulu dulu
perlakuan hakim
tak boleh dibicang

melainkan diparlimen
dengan majoriti 2/3

sekarang ???

Tanpa Nama berkata...

lama dah UMNO dan BN mempengaruhi mahkamah.