25 Disember 2009

Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara

Oleh Husam Musa

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu. Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.

Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.

Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.

Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat.

Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.

Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.

Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

5 ulasan:

Aa berkata...

Ada 2 kemungkinan yang berlaku:
Tuntutan berjaya menyebabkan Kelantan juga akan dapat
Kedua tuntutan tak berjaya maka Kelantannjuga takkan berjaya. Takut mereka menggunakan Ahmad Said supaya tak berjaya dan Kelantan dinayakan sedangkan Ahmad Said masih boleh menikmati wang ehsan (wang kesian)

Tanpa Nama berkata...

Salam,
jika berlaku seperti apa yg dikatakan aa diatas, maka Umno insya'Allah akan berkubur tanpa nisan lagi...
Parti komponen Be eNd sendiri sudah tidak percaya lagi pada Umno, (parti komponen Umno sekarang "buat2 bergadoh" sesama sendiri, padahal Tok Dalang disebalik tabir atau tangan2 ghaib di belakang parti terutama MCA/Gerakan ingin pergaduhan mereka itu adalah untuk mengkuburkan Be eNd dan Umno) maka Umno akan terkubur.
Jangan lupa, Umno yg ada sekarang adalah Umno baru, atau Parti Frankenstein atau Hantu Raya, Umno yg sebenar dah mati pada 1987 dulu. Kalau org yg ada ilmu sesat mati, lepas idup balik, itu bukan dia lagi, tapi Hantu Raya dia yg pinjam tubuh dia..itulah Umno yg ada sekarang, sebab itu sejak 1987, pemerintahan Umno semakin teruk...Parti Hantu Raya yg memerintah negara kita.

Tanpa Nama berkata...

beginilah yang baik,
yg bagus, dipersetujui, yg buruk, dibantah.

Pok Sue berkata...

Semoga Kelantan mendapat hak royalti untuk kesejahteraan rakyatnya!
Jika kami dizalimi dengan penyelewengan royalti ini pasti mereka akan terima akibatnya nanti..jika bukan di dunia pasti diakhirat sana mereka akan terima azab dari-Nya.

awangBALAK berkata...

Pembahagian Harta....

Satu Untuk Engkau
Satu Untuk Aku.......

Ehsan Untuk Engkau
Royalti Untuk Akuuu