Email : suhaimi mohd
Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164: Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:- -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain? Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". ayat ini.pula .
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)
`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar
mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar
tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong
(tertulis dipaket bungkusan)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya
ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.
Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.
Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari
tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti?
Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM'
yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.
Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati
sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL
JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM..
Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di
Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'
Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada
JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM
dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila
hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan
PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.
Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.
Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.
23 ulasan:
pa nak dihairankan. Orang melayu hari ini mana ada yang kira sangat tentang halal atau haram.
Dadah tu halal ke atau haram?
Mengapa sungguh ramai melayu yang ambil dadah?
Di bandar tempat tinggal Nala, berduyun2 melayu yang gemar makan di restoren Hindu. Mereka kata sedah, lebih sedap dari restoren mamak atau melayu.
Nak tahu apa rahsia kesedapan kari di restoren Hindu, sila lawati Nalapambu
setahu saya, Oldtown dah keluarkan kesemua menu tidak halal daripada hidangan mereka. saya pernah ke Oldtown South City Plaza, Seri Kembangan. Waktu tu, buku menu belum dikemaskini, jadi ada diantara menu tidak halal masih berada dalam senarai menu.
Namun, saya diberitahu, apabila saya secara tidak sengaja ingin memesan menu terbabit, saya dimaklumkan menu itu sudah tiada dan mengatakan kepada saya bahawa menu itu tidak halal.
Mungkin perlu rujuk kembali kepada Jakim akan hal ni.
mohon guna utk penyebaran...terima kasih
Kat Parit Buntar baru nak buka OLDTOWN Kopitiam. Jaga-jaga warga Islam Parit Buntar/Kerian. Dah tau HARAM janganlah makan/minum kat situ.
Kenapa orang Islam mudah sangat diri mereka dipergunakan, mulai dari rakan kongsi, pengurus, pekerja biasa seterusnya pelanggan sendiri.masing-masing ada peranan,fikirlah.
Inilah masalahnya bila pemimpin negara dah biasa makan benda tak halal, dia peduli apa dengan halal haram untuk rakyat... Inilah juga sebabnya kita kena bersatu untuk menjatuhkan umNo, jgnlah kita bercerai-berai atas hasutan mereka...
di sungai bakap pun ada old town white kopi...bagi dari segi pengetahuan aku apa jenis pun tak kira ipohkah white town old town pak hainan kopikah semuanya satu angkatan, sudah beratus-ratus cawangan dalam seluruh malaysia tidak termasuk cawangan yang ada di singapura, brunei dan indonesia termasuk thailand lagi...bolehkah jabatan agama nak sitakan syarikatnya atau buat tangkapan? tak takutkah nanti tokei kopi melantik peguam mendakwa balik dan jabatan agama kena ganti rugi....kecuali jabatan agama guna kaedah kekerasan dan juga salah guna kuasa seperti guna pakai oleh umno.
Saya pon dah beberapa kali bedal makan kat sini SEBAB ade tanda HALAL kat pintu kedai ni.. Tetiba baru baru ni isu ini timbul. Macam mana tanda HALAL tu boleh di paparkan tetapi menu tak halal. Jabatan Agama Islam begitu lemah dalam isu halal haram (contoh dalam kes ini) tetapi begitu bertegas dalam isu berdakwah (kes bekas mufti perlis).
kesimpulannya makan di rumah jer insyallah di jamin bersih status halal haramnya..
Sya dpt byk chained email pasal OTW ni. Kalau dulu saya tak ragu2 utk makan di kopitiam ni sbb ada tanda halal, bukan dari JAKIM tapi dari pengeluar sijil halal asia (tak ingat nama). Lepas tu, kakak ipar telepon Jakim nak pastikan betul ke halal tak halal. Perempuan yg menjawab mengaku ustazah kata Jakim sah kan halal hanya produk kopi segeranya sahaja (hidang kat kedai tu pun guna instant) tapi lain2 item kat kedai tu tak dijamin halal (oleh Jakim). Skrg ni sya berbelah bahagi. Sebabnya, kita hanya mendengar dari pihak ketiga, ke-empat, ke-lima, ke-100, entah2 org yg menyebar info ini pesaing OTW yg mahu merosakkan perniagaan si polan. Malah tidak ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa spt JAKIM. Alangkah baiknya jika penyebaran maklumat yg tepat dpt dilakukan oleh pihak JAKIM, lebih meluas dan credibility nya tidakmudah dipertikaikan. Jadi, kalau JAKIM senyap, maknanya info mengatakan OTW kopitiam tidak halal adalah tidak ada credibility dan tidak benar. Hanya berpegang pada perbualan telepon tidak memadai sebab tidak ada usaha lanjut oleh pihak JAKIM. Saya ragu pada info pihak ke-3, dan pada masa sama saya ragu kesucian makanan OTW. Marah saya, tidak lain hanya kepada yg punya kuasa undang2 yg terus senyap. Dan kalau info ini salah, maka sya seperti merelakan fitnah berleluasa. Prinsip sya, tidak akan tunduk selagi tidak ada bukti, tapi kerana ada pihak yg menanam rasa ragu, maka saya mengalah pada keraguan tersebut demi menjaga kesucian jasad dan rohani. YB, kena ada penyelesaian atau keputusan konkrit.
seorang india dan cina bukan islam makan hokkien mi di apa nama mana-mana kedai coffee seperti tajuk diatastu, kaum cina dan india makan mi kat restoran kopi yang berunsur babi lepastu bibir mereka kena minyak babi dan minum white kopi pak hainan dan lain-lain tu jadi cawan dan gelas kopi terlekat dengan minyak babi dari hokkien mi tu mereka tak ambil berat untuk bersamak dan kaum melayu Islam kita pergi minum secara tak sengaja cawan yang guna pakai memang ada basuk tanpa berselawat yang sudah kena pelekat minyak babi bagi orang melayu cina india Islam minum sudah jadi tak halal walaupun jabatan agama kata kopi itu memang halal.
moral of the story lain kali nak minum kopi belilah kopi radix keluaran HPA produk umat Islam kita.
Maaf, OFF TOPIC sebentar..
Bagaimana pula dgn keHALALan Pau Yik Mun Tanjung Malim yg popular tu?..
Selalu berhenti di lampu isyarat simpang 4 di situ, kelihatan begitu ramai (org Islam) singgah dan makan di situ?..
Saya orang slim river... ayah saya laaama kerja dekat tg malim.... dia kata diragui keHALALan nya.... pasal ada orang bagitau dibawah sekali temapat pemanasan pau tu diletakkan pau char siew( org kampar panggil kendik (babi)).... ntah la moral nya carilah kedai orang islam....
bagaimana pula dengan makanan mengandungi bahan lemak haiwan tertera dengan kod E473,E471 dan banyak lagi?
saya beri barang cosway makanan kesihatan ia mengandungi kod E473 tetapi certified dengan logo HALAL.
JAKIM lemah dan lembab dalam isu halal/haram restoran kat Malaysia ni. Ini kerja JAKIM, bukan mudah utk kita tahu restoren seumpama ini halal atau tidak. Masa aku kecik-kecik dulu (taun 80an) bapak aku selalu bawak aku bedal mi hailam dan pau kat kedai-kedai Cina "hailam" (pak lebai pun ramai yg masuk), tapi masa tu takde pulak isu halal/haram ni.
Beli barang - barang yang halal, bawa balik kerumah dan masak sendiri, baru halal dan tak perlu was-was lagi. SELESAI MASAALAH.
bukan ke old town ni ngeh dgn nga punya. pergilah tanya diaorang halal ke tak halal.
Saya mmg dulu lagi tau ia tk halal..Sebab tu saya tk jejak pun kedai mcm tu kt KL dulu.Makan kena pilih bukan nak makan di tempat yg nampak mcm golongan elit...
jakim telah dipolitikan oleh kroni BN. Ustaz-ustaz diJakim pun pembela bangsa bukan islam. Itulah senario sekarang. Bagi saya logo JAKIM tak guna kerana majoriti pengusaha bangsa bukan islam akan memperlekehkan orang-orang islam. Tapi pengguna islam juga harus buka mata dan hati.Setengah dari pengusaha ni ada bisnes non-halal(makanan). Bagi mereka ni peluang buat untung kerana pegguna dunggu. Janji sedap dan harga ok bo sapu aje.Pegawai jakim kenalah cek latarbelakang syarikat tu (kot ada bisnes babi). Kalau tak mampu amanah, ustaz-ustaz dijakim sila berhenti kerana nak makan benda halal saudara seagama. Bila mati taulah digodam malaikat.Tanggongjawab dijakim besar!!!
sekarang ni, kita sendiri tak boleh nak mengaharapkan sesiapa lagi di malaysia ni hanya ulama-ulama gred A saja yg boleh di harapkan, itupun mereka2 ni telah tiada kerana org2 yang soleh ini telah pergi meninggalkan kita.Bab halal dan haram ni kita kena jaga sendiri kerana jakim itu bukan al-quran dan sunnah. Mereka sendiri tidak berpandukannya, kalau mereka berpandukanya mereka dah lama menghalang segala perbuatan mungkar ini.di malaysia sekarangni yang halal diharamkan dan haram dihalalkan kite sebagai umat islam perlu menggunakan akal dan fikiran yang diberi allah swt.sepatutnye kite perlukan slogan 1 muslim.
sebelum kita terus menghukum lebih baik periksa dulu..buka jakim punya site dan dari situ kita leh semak kopitiam mana yang ada halal daripada jakim.. http://www.halaljakim.gov.my/
yang mana ada halal jakim tu rasa xperlu was², insyallah leh makan..
mereka yg kuarkan sijil halal jadi andai kata terdapat penyelewengan dan lain² tu kita serah pada Allah... ^^)
Sokong Kamen. Jgn mudah sgt percaya tanpa usul periksa. Sy sendiri dah JAKIM & bertanyakan tentang status Halal Oldtown ni. JAKIM habaq oldtown ni adalah pemegang sijil halal mereka yg sah. Dlm portal JAKIM pun bleh check....
Kamen : saya bersetuju lebih baik kita semak portal atau direktori JAKIM. untuk lebih kepastian lebih baik kita telefon JAKIM atau Jabatan Agama Negeri je.Mereka lebih arif bidang mereka kan...
Catat Ulasan