7 Safar 1431H
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Emel : Rozmal bin Malakan
TRAGEDI pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan baru-baru ini menyentuh hati rakyat Malaysia. Bagi kita yang mengikuti perkembangan tragedi hitam itu tentu sukar untuk menggambarkan bagaimana seksanya mangsa melalui detik-detik terakhir sebelum ajalnya.
Lebih menyedihkan, suspek dalam kes ini adalah ahli keluarga terdekat.
Tentu terlintas di fikiran bagaimana ahli keluarga tergamak bertindak sedemikian bukan terhadap seorang tetapi empat mangsa.
Pelbagai andaian dibuat antaranya suspek mengalami gangguan mental dan ada juga yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.
Bukan ingin mencurah air garam ke hati keluarga mangsa yang masih diselubungi kesedihan, yang pasti kes ini masih dalam siasatan polis. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan keputusannya.
Kesihatan minggu ini sekadar ingin merungkai permasalahan gangguan mental dan juga berkongsi maklumat mengenai beberapa kejadian seumpama yang pernah berlaku sebelum ini.
Peristiwa empat sekeluarga itu bukan yang pertama berlaku. Sebelum ini terdapat pelbagai tragedi seumpama yang melibatkan nyawa disebabkan masalah berkaitan gangguan psikologi.
Fenomena semasa
Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental.
“Ini bermakna kira-kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan berkaitan psikologi dan jumlah ini agak ketara,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini.
Menurut beliau, jika kini penyakit berkaitan gangguan mental (termasuk disebabkan pengambilan dadah) berada di tangga ke 10 dalam senarai penyakit membebankan, dianggarkan menjelang 2020, masalah ini akan menduduki tangga kedua iaitu selepas penyakit jantung.
“Ini berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyasarkan masalah mental akan mewakili 15 peratus daripada penyakit global pada tahun tersebut,” katanya.
Jelas beliau, gangguan mental juga boleh dikaitkan dengan kesan sampingan kemajuan yang dicapai sesebuah negara.
Katanya, sesetengah individu gagal menyesuaikan diri dengan kemajuan, ditambah pula dengan punca-punca lain menyebabkan mereka mudah mengalami gangguan mental.
Di Malaysia, ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.
Di PPUM sahaja kata beliau, berbanding sepuluh tahun lalu yang mencatatkan satu atau dua pesakit setiap hari bertemu pakar psikiatri kini bertambah menjadi tujuh hingga lapan pesakit sehari.
Dr. Muhsin berkata dari segi kepakaran pula kita masih lagi ketinggalan iaitu dengan hanya sekitar 200 pakar psikiatri.
“Kekurangan kepakaran sangat ketara kerana kebanyakan bertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja. Menakala kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak hanya mempunyai satu atau dua psikiatri sahaja,” katanya.
Punca
Menurut Dr Muhsin, terdapat dua sebab utama menyumbang kepada masalah kesihatan mental iaitu sejarah keluarga (dalaman) dan persekitaran.
“Pelbagai sebab seperti stres, tekanan kerja, hubungan sosial, personaliti introvert iaitu seorang yang cepat putus asa, tak suka bergaul dan sebagainya mudah terdedah kepada masalah mental,” kata beliau.
Menurutnya, masalah mental ada yang serius dan ada yang minor. Bergantung kesedaran awal pesakit dan sejauh mana dia berusaha untuk menanganinya, ia boleh membantu.
Jika mereka mendapatkan nasihat daripada profesional, peratusan untuk pulih adalah tinggi tetapi. Sebaliknya jika mendapatkan nasihat daripada rakan atau saudara berkemungkinan untuk menjadi lebih parah. Begitu juga seandainya pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan, masalah akan menjadi bertambah rumit.
Selain itu katanya, masalah gangguan mental 15 kali berisiko tinggi andai pesakit terlibat dengan pengambilan dadah.
Pelakuan di luar kawalan
Merujuk kepada peratusan WHO Dr Muhsin berkata, sebanyak 14 peratus kematian di kalangan remaja berusia 15 hingga 24 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan oleh keganasan seperti amuk, rompakan dan kecurian yang mendorong kepada bunuh, pergaduhan, buli dan sebagainya.
Kes-kes seperti ini ada kaitan dengan gangguan mental, yang mana pembunuh akan melakukan sesuatu diluar jangkaan seperti kes yang berlaku di Gemencheh.
“Bagi orang yang waras fikiran dan memang berniat untuk membunuh, mustahil dia akan meninggalkan bukti malah tidak akan mengaku bersalah jika ditangkap polis,” kata Dr. Muhsin.
Dalam kebanyakan kes seperti ini kata beliau, mangsa biasanya adalah orang yang paling rapat sekali dengan pembunuh seperti ayah, ibu, anak, suami, isteri dan adik-beradik terdekat.
Bagaimana untuk mengesan?
# Individu sendiri atau saudara terdekat boleh sedar kelainan yang dialami.
# Rasa tidak selesa.
# Terdengar suara-suara ganjil yang menyuruh melakukan sesuatu.
# Nampak bayangan-bayangan aneh.
# Sukar tidur dan kerap terjaga ketika tidur.
# Hilang selera makan.
Penyelesaian
Dr. Muhsin menasihatkan mereka yang mempunyai simptom gangguan mental agar mendapatkan rawatan awal supaya masalah tidak berlanjutan.
“Kebanyakan pesakit di Malaysia bertemu pakar selepas 24 bulan mengalami masalah. Berbanding di Amerika Syarikat, jika mereka tidak boleh tidur dalam masa tiga hari sahaja mereka terus bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.
Beliau berkata, persepsi masyarakat mengenai gangguan mental perlu diubah. Selama ini, orang mengaitkan pesakit mental sebagai ‘orang gila’ dan mereka disisihkan keluarga.
“Sepatutnya orang terdekat dengan pesakit perlu memberi sokongan dan membawa pesakit mendapatkan rawatan agar ia berlanjutan,” katanya.
Selain itu katanya, rawatan yang ada di negara ini masih lagi mengikut akta lama iaitu mengurung pesakit atau menempatkan pesakit di suatu tempat tertentu misalnya hospital sakit jiwa.
Jelas beliau, keadaan ini akan menyebabkan pesakit lebih tenat kerana merasa diri mereka disisihkan dan terkongkong.
“Saya percaya jika pesakit dapat bergaul dengan masyarakat dan meneruskan kerja mereka seperti biasa, mereka lebih cepat sembuh kerana merasa diri disayangi serta boleh melakukan perkara seperti orang lain,” katanya.
Di PPUM sendiri menurut beliau, pesakit mental yang sedang menjalani rawatan dibenarkan mengendalikan kafe di bawah pengawasan doktor.
Dalam pada menjalani rawatan Dr. Muhsin menekankan pesakit perlu mengambil ubat seperti antipsikotik dan antidepression yang telah diberi doktor untuk membantu penyembuhan.
“Orang kita kadang kala lebih percayakan bomoh dalam hal ini. Nasihat saya, kalau ingin bertemu bomoh sekali pun tak mengapa, asalkan jangan lupa mengambil ubat yang telah diberikan doktor,” katanya.

3 ulasan:
Dengarnya suspek tu anak saudara Rosmah Mansor. Dia tak mengakukah?
sakit mental macamana berpunca?
inflasi, barang naik harga gaji tak naik, hutang bank, kenaikkan harga mas kahwin wang hantaran, kekurangan makan sayur-sayuran bijirin dan kekacang, kekurangan bersenam, bersosial setiap malam lepak kedai nasi kandar berwifi bincang pasai MLM, skim cepat kaya dan forex sehingga larut malam hanya melayu islam kita sahaja yang buat begitu kaum cina bincang pasai bab niaga rumah ke rumah waktu tengahari dan petang tak sampai masuk waktu mahgrib kita umat islam kena ambil contohnya sebab malam untuk tidur diatas subjek pun sudah terangkan...hari sabtu dan ahad kan hari rehat bolehlah buat, minum kopi dan teh tak sesuai untuk waktu malam subjek atas pun sudah terangkan.
yang paling ramai UMNO sebab takut hilang kuasa PRU13
Catat Ulasan