02 Februari 2010

Rakyat sedang menilai PAS, PR

17 Safar 1431H
Seri

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?

Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.

Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.

Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.

Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?

Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.

Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.

Seri, Terengganu.

Harakahdaily.net/-

3 ulasan:

tokbahlul berkata...

Utk pilihanraya yg akan dtg, terutamanya PKR pilihlah pemimpin yg berwibawa, ada primsip, ada pegagang agama yg kuat dan boleh buat kerja. Jangan tangkap muat saja. Kalau tiada pemimpin di satu kawasan, bagi saja pada parti PR yg lain.

Dr. Muhamad Faisal Ashaari berkata...

orang menilai, YB pakai keta besar ke kecik. hu hu.

yes berkata...

Kepada pemimpin PR,
Ambil perhatian kepada apa yang di perkatakan olih ahli yang mempunyai pandangan yang berbeza. Jangan biasakan apabila pandangan ahli berbeza dengan pucuk pemimpin, ahli terus di katakan salah. Ini cara BN. Kalau kita melakukan perkara yang sama result nya juga sama. Jika BN menjunam PR juga akan menjunam lebih teruk kerana rakyat memilih PR sebab mereka mahukan pembaharuan.

Zambry mencabar ADUN PR meletak jawatan, mari kita cabar Zambry dan adun BN letak jawatan.

Kalau ADUN PR saja letak jawatan tak ada makna.

Zambry, kalau nak bercakap tu fikirlah dulu. Jangan ingat rakyat bodoh.