02 Februari 2010

Mohon sumbangan bina surau baru Orang Asli

17 Safar 1431H
Harakahdaily

HULU SELANGOR, 31 Jan: Jawatankuasa Surau Ehsaniah Kampung Orang Asli Songkok, Jalan Genting Highland merayu sumbangan orang ramai untuk membina surau baru.

Pengerusinya, Haji Mohd Zulkifli Dawam berkata, pihaknya memutuskan untuk membina sebuah surau baru kerana surau sementara adalah bangunan Kemas yang akan digunakan untuk kanak-kanak Orang Asli yang akan menduduki kelas prasekolah.

Katanya, keperluan surau baru ini adalah sebagai tempat Orang Asli Islam berkumpul untuk solat berjemaah dan mengikuti kelas fardu ain, aktiviti keagamaan bagi memantapkan lagi aqidah mereka dan melatih pelapis Orang Asli yang berkebolehan menjadi imam, bilal dan siak.

Tambahnya, segala sumbangan boleh disalurkan atas nama akaun SURAU EHSANIAH KG ORANG ASLI SONGKOK yang bernombor 08068020524074 Bank Islam (M) Bhd Tanjung Malim.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Penggerak Orang Asli Kg Asli Hulu Tamu, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor atau melalui talian 019-2735641.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Ini isu ugama, tak kira kerajaan manakah yang memerentah. Tidak ada peruntukan dari Kerajaan kah untuk membena surau/masjid bagi kegunaan saudara kita orang asli di sini?