30 Safar 1431H.
Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari PartiKeadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat
Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.
"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat Kota Bharu, hari ini.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.
Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.
Nik Abdul Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.
Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.
Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.
Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.
- Bernama

4 ulasan:
salam bos,
kalaulah saya dalam kasut DS Zahrain saya tidak akan berani untuk menyahut saranan TG DNA. ngadap jer lah, sapa nak bagi elaun MP RM8ribu-RM12ribu sebulan & other perks....
mana dia orang berani, bos.....
anyhow, STBC.....Gong Xi Fa Cai
Harap PR bersedia lebih awal untuk PRK 13 ni. Terutama PKR bersedia dgn calon yg beramanah dan cuba fikirkan baiah yg sesuai dgn parti. Sbg Cthnya sedia surat letak jawatan sbg wakil rakyat apabila keluar parti. Dan sebenar-benarnya negara kita sudah perlu satu akta anti lompat - gugur sbg. YB apabila keluar parti. Sebab YB ni dah menipu seluruh rakyat yg menyokongnya
zambry pun kena letak jawatan juga, sebab dah nyanyuk
sedap je kata YB ni menipu.. mcm dah x boleh berfikir waras org malaysia bila bcakap pasal politik.. mesti parti aku je betul sampai kiamat..
kenapa x kaji dulu sebab musababnya? bukan terus mencerca serta menghentam saja.. third class mentality.. sama mcm 3 katak perak tu, apa sebab konkritnya. xkan buta2 ja trs keluar parti mcm org terencat akal..
lg 1 suka sgt double standard, bila kena kat org xpa, kena kat batang hidung sdiri trs kata xbole pulak, vice versa.. sama ja mana2 pihak sekalipun
ikhlas tidak berpolitik
Catat Ulasan