22 Rabiul Awwal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar
Melihat perkembangan terbaru apabila Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya dapati banyak iktibar yang boleh diambil oleh parti dan ahli termasuk komponen Pakatan. Maka beruntunglah mereka yang mahu menilainya dengan hati yang ikhlas.
Menyingkap kisah YB Zulkifli, 48, seorang peguam yang banyak menyelesaikan kes di mahkamah juga yang gagal terutama dalam membela Datuk Seri Anuar Ibrahim, beliau bukanlah selayaknya untuk menjadi seorang ahli politik. Sebenarnya bukan semua peguam mampu menjadi ahli politik. Mungkin Karpal boleh mengesahkan pandangan saya ini.
Peguam yang pandai menyelesaikan kes dengan hujjah yang logik walaupun mengelirukan hingga meyakinkan hakim, mungkin boleh menjadi ahli politik yang baik. Hal ini kerana dalam politik 2 x 2 bukan semestinya memberi jawapan 4, begitu juga 5 + 3 bukan semestinya memberi jawapan 8. Inilah yang dikatakan strategi dalam perjuangan.
Sebaliknya orang yang lurus bendul, bercakap dan berhujjah mengikut fakta dan kenyataan yang sebenar adalah watak hakim yang baik. Mereka ini tidak layak menjadi ahli politik tetapi amat sesuai jika menjadi pembela kepada ahli politik. Maka apa-apa isu yang membabitkan undang-undang, mereka boleh membantu menyelesaikannya dengan mudah.
Merujuk kepada isu pemecatan YB Zulkifli, saya difahamkan pemecatannya kerana disiplin parti bukan isu Allah seperti yang didakwanya. Saya bersetuju kerana saya sering memerhatikan perkembangan Zulkifli dari awal pembabitannya dalam politik. Beliau sering bercanggah pendapat dan menungkah arus daripada perjuangan parti apatah lagi Islam.
Saya tidak pasti adakah semua wakil rakyat yang terpilih dalam pilihanraya lalu telah diberi tunjuk ajar tentang dasar parti, adab, dan disiplin sebagai wakil rakyat. Pada saya tidak mungkin mereka dilepaskan begitu sahaja tanpa akujanji yang ditandatangani pada hari penerimaan tugas itu. Agak malanglah kalau mereka ambil tidak kisah kerana dengan sikap itu boleh merosakkan dirinya dan partinya.
Dalam Islam, sesuatu isu rumah tangga perlu diselesaikan dalam rumah tangga sama ada dengan berbincang antara suami dengan isteri secara hati ke hati, atau dengan mengadu kepada ibu bapa supaya dinasihatkan yang terbaik untuk mereka. Dan jika itupun tidak mampu diselesaikan barulah dibawa kepada pejabat agama untuk diberi kaunseling sebelum ke mahkamah.
Begitulah hal dengan isu yang membabitkan orang politik, perlu diselesaikan dalam parti, cari penyelesaian yang boleh menguntungkan pihak yang bertikaian. Jika isu itu dibincangkan di khalayak ramai, dan maklumat itu diambil oleh media, nescaya isu yang kecil dijadikan besar apatah lagi kalau isu besar akan dibesarkan lagi. Ketika itu, sudah tidak boleh dinafikan apatah lagi kalau pekung sudah dibuka seluas-luasnya.
Oleh sebab itu, dalam Islam pemimpin yang mewakili rakyat perlu diberi kefahaman Islam sepenuhnya. Mereka perlu diberikan tunjuk ajar tentang adab dan panduan menjadi pemimpin. Walaupun pemimpin bukan Islam, mereka juga perlu didedahkan perkara yang sama. Malah dalam keadaan ini saya nampak mereka yang bukan Islam lebih beradab daripada orang Islam sendiri.
Sebenarnya isu Allah yang dibesarkan oleh YB itu pada saya amat kecil malah boleh dimaafkan atas kejahilannya dalam soal agama. Tetapi yang menjadi besar pada isu ini ialah perdebatannya secara terbuka yang sepatutnya cukup diselesaikan dalam rumah tangga. Kesannya, bukan sahaja ahli parti menjadi begung, orang luar parti juga kabur. Orang bukan Islam juga keliru sedangkan mereka mahu berpaut dengan parti tersebut.
Jadi, iktibar yang boleh diambil oleh umat Islam sama ada ahli parti atau tidak, pemimpin atau tidak, belajarlah ilmu Islam sepenuhnya agar setiap gerak kerja kita terpandu dengan panduan yang jelas. Selain itu, jika kita ditegur dengan nasihat yang baik, ubahlah ke arah yang baik itu. Ingatlah tiada teguran yang berniat jahat. Sebaiknya dalam keadaan ini, bertaubat dan kembali kepada jalan yang lurus.

11 ulasan:
Saya setuju degan pandangan YB.
Mana mungkin suatu pasukan itu akan berjaya dalam perlawanan andaikata ada pemainnya yang bertongkah arus dengan keputusan pasukannya. Pemain ini boleh menyebabkan kacau-bilau dalam permainan.
Andaikata pemain yang bertongkah arus ini di biarkan bermain keseorangan di padang melawan musuhnya yg ramai, sudah tentu....mati katak lah pemain itu di buli oleh pemain2 musuh.
Sebab itu semangat berpasukan adalah penting...hormat-menghormati mesti ada pada setiap pemain....bantu membantu....dan tegur-menegur dengan cara yg baik sesuai dengan semangat berpesatuan.
Kalau nak ikutkan kepala sendiri.....orang lainpun boleh buat jugak. Apakah semangat berpesatuan itu akan hidup jika sekiranya masing2 membuat ikut kepala sendiri?
Jadi, saya sokong pendapat YB.
Juara Rakyat kot? Habis digelarnya firaun kecil kpd yg lain...
bolehlah disini saya simpulkan zulkefli tidak paham konsep perjuangan dalam jemaah dan beliau perlu di bimbing kejalan yang betul , dan kini PAS wajar pertimbangkan kemasukannya dalam parti dan bimbinglah dia supaya menjadi ahli politik dan bukan peguam kepada ahli politik... en zul harap apa yang berlaku kepada diri anda muhasabahlah ..jangan segan menghadiri majlis pakatan rakyat dan sebagainya insyaAllah Allah buka jalan yang terbaik untuk mu...
jgn dihina dia dah...dia pun dah kena pecat,yg kita ni perbaiki keadaan kita,byk2 muhasabah diri,klu nk cari kesalahan memng la syok.dlm perjuangan ni ada susah senangnye kadang ada yg smpai terkorban.
Saya amat setuju dengan pendapat YB,
Pada saya Kebenaran itu harus selari dengan Kecerdikan.
Salam,
YB Zul telah membuat segala perbincangan dalam, itu saya yakin. Dia utamakan ISLAM dulu baru yang lain2. Ada ke YB lain dari PAS, UMNO dan PKR yang sanggup hilang jawatan sebab perjuangkan ISLAM. Issu nama ALLAH nampak kecil tetapi implikasinya besar. Pernahkah tuan-tuan pergi di Indonesia ? kalu belum cubalah kesana tengok2, lihat2 dan nilai2
wassallam
Mahkamah akhirat akan menentukan!
Saya bersetuju dengan YB, even komen saya kat dalam blog YB zul pun exactly mcm pandangan yb. hopefully we are on the right track....
Bagi saya, banyak perkara perlu diberi perhatian/fikirkan serta muhasabah diri dan iktibar bagi semua. di mahkama en Zul adalah seorang pengamal undang-undang, tetapi dalam politik en Zul seorang pemimpin dan beliau juga ada pemimpin atasan nya, kerana beliau bertanding atas nama parti PKR (bukan calon bebas). oleh itu seorang anggota parti/pertubuhan/persatuan adalah terikat dengan akhlak atau adab dan juga peraturan-peraturan nya. Saya mengalu2kan kiranya beliau ingin menyertai PAS, tetapi PAS bukan lah hakmilik pemimpin ianya adalah hakmilik pemimpin dan ahli2nya yang berlandaskan Islam. ia lebih merupakan pertubuhan DAKWAH, TARBIAH DAN POLITIK (JIHAD/PENGORBANAN amat dituntut),
walak kepada kepimpinan adalah wajib selagi tidak bercanggah dengan syariat, oleh itu en Zul fikir2kan lah............. wallahualam.
PKR adalah sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum maka sudah tentu agenda utama perjuangannya bertunjangkan sifatnya itu. Sekiranya PKR lebih tertumpu kepada Islam semata-mata maka di mana sifat kepelbagaian kaumnya itu. Bukanlah di sini saya mengatakan yang PKR tidak membela Islam. Islam dibela tetapi yang lain pun turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Sekiranya YB Zulkifli Nordin benar-benar ikhlas ingin berjuang membela Islam sepertimana yang sering beliau tempikkan saban hari maka wadah terbaik untuk berbuat demikian adalah PAS dan bukannya PKR. Pun begitu PAS tidak mengabaikan hak pembelaan keatas yang bukan Islam, buktinya di Kelantan, tidak ada orang bukan Islam dinafikan hak mereka.
Namun begitu kalau dilihat kepada tingkah YB Zulkidli Nordin selama ini, timbul pertanyaan, apakah manusia ini benar-benar berjuang untuk membela Islam atau sekadar mempergunakan Islam untuk melepaskan dirinya yang tersepit?
Kalau sampah baik bakar saja, simpan dalam rumah buat menyemak jer, lagipun manusia siuman takkan simpan sampah apalagi jenis sampah yang mudah berbau, banyak penyakitnyer nanti.
Sebagai ahli politik hipokrit adalah ibarat nasi yang perlu di makan setiap hari walaupun lauknya kadang-kadang tak menetapi selera kita. Seperti nasi yang sebati dalam kehidupan kita walaupun lauknya tak selalu sedap, hipokrit juga perlulah sebati dalam jiwa ahli politik walaupun isunya tidak menyenangkan hati sendiri. Kalau hipokrit tidak ada lupakanlah hasrat untuk menjadi ahli politik. Hipokrit belum cukup sebati dalam jiwa YB Zul mungkin disebabkan YB Zul seorang yang cerewet dalam memilih lauk. Orang lain mungkin boleh makan nasi berlaukkan telur goreng dengan kicap tapi tidak pada YB Zul.
Catat Ulasan