09 Mac 2010

Meriah : Hampir 5000 hadir Rumah Terbuka Hari Raya Cina ADUN Titi Serong

22 Rabiul Awwal 1431H.


Selamat Tahun Baru Cina, ADUN Titi Serong bergambar bersama Isteri.

Drs. Khalil bersama Isteri sedang mengagihkan Angpau kepada seorang anak kecil yang hadir bersama ibunya.


PARIT BUNTAR, 7 Mac :- Kemeriahan Sambutan Hari Raya Cina pada tahun ini dikongsi bersama oleh seluruh Warga DUN Titi Serong dalam sambutan Rumah Terbuka yang diadakan di sini. Sambutan tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN dengan kerjasama Dewan Himpunan penyokong PAS Parit Buntar telah manrik kehadiran yang mencecah hampir 5000 orang itu dan membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat masih kuat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus Jamhari, ADUN Selingsing, YB. Hussin DIN , ADUN Gunung Semanggol, YB. Ramli Tusin, YDP PAS Lenggong, Hj. Razman Zakaria dan Pimpinan PAS Kawasan.

Semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim melahirkan rasa kegembiraan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang hadir dalam rumah terbuka tersebut.

"Saya telah memeluk agama Islam sejak 23 tahun yang lepas dan saya masih cina dari dulu sampai sekarang, oleh itu saya berhak untuk merayakan Tahun Baru Cina." jelasnya kepada yang hadir.

Ucapan Drs. Khalil menarik perhatian bila sekali lagi dia menegaskan kepada lebih 50 pratus warga Tionghua yang hadir bahawa masuk Islam bukan bermakna dia masuk Melayu.Jelasnya lagi antara Melayu dengan Islam tidak boleh disamakan.

"Tidak mungkin kita menukar bangsa yang kita miliki" Tegasnya dalam ucapan tersebut.

Sementara itu Pengarah Program Rumah Terbuka, En. Abu Bakar Idris semasa ditemui melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Rumah Terbuka yang diadakan pada tahun ini mendapat sambutan yang lebih baik dari tahun lepas.

" Saya rasa jumlah kehadiran pada tahun ini lebih ramai dari tahun lepas, makananpun lebih banyak disediakan" katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara tahunan ADUN Titi Serong itu. Antaranya Pihak PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat,dan Unit Amal PAS Kawasan Parit Buntar.

"Bagi saya kehadiran warga Titi Serong dari bangsa Cina, Melayu dan India membuktikan sokongan rakyat kepada ADUN Titi Serong masih kuat dan menafikan tohmahan yang mengatakan kita sudah tidak berfungsi selepas rampasan kuasa oleh BN" kata Abu Bakar.

Sambutan pada tahun ini diserikan oleh persembahan Tarian Singa, Agihan Angpau dan persembahan lagu Raya yang oleh Dewan Himpunan penyokong PAS setempat.







\

5 ulasan:

anandaguaq@yahoo.com berkata...

tahniah yb dgn kejayaan menarik penyokong kpd PR..mg2 slps ini hidayah Islam akan masuk pula dalam jiwa2 mereka..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB,
Selama saya mengikuti perkembangan YB...YB memang seorang yang rendah diri dan mahu bermasyarakat. Semoga Allah kekalkan YB dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

AMIN.

Tanpa Nama berkata...

tahniah yb...teruskan usaha mendekatkan diri dgn rakyat...insyaAllah dgn pelbagai dugaan yg terpaksa kita tempuhi kemenangan akan berpihak kepada pakatan rakyat juga satu hari nanti...sama2 kita berdoa perak akan kembali kepada pakatan dan putrajaya bakal kita takluki...

Tanpa Nama berkata...

tahniah, yb seorang wakil rakyat yg bekerja keras dan betul-betul seorang wakil kpd rakyat.

Geng Muda berkata...

Islam untuk semua....bukan untuk kroni Melayu saja.... ISLAM FOR ALL....