20 Mac 2010

SPEAKER DUN PERAK YANG SAH: DI MANA KEADILAN?

3 Rabiulakhir 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (18 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan perbalahan kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masih berlarutan sudah hampir 6 bulan tanpa ada jawapan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengikut Undang-Undang serta Perlembagaan dalam Negara kita.

DPPN Pk merasakan kemelut kedudukan Speaker DUN Perak sepatutnya sudah lama di selesaikan dan bukannya masih mempertikai siapakah sebenarnya Speaker DUN Perak yang sah. Ini kerana keputusan kedudukan V. Sivakumar sebagai seorang Speaker DUN Perak masih belum di putuskan oleh Mahkamah Rayuan. Malah penyiasatan oleh pihak Polis berkaitan Speaker DUN Perak yang menyamar masih belum terjawab.

Walaupun di khabarkan akan ada satu Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini, kenapakah persoalan-persoalan berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak ini masih tidak terjawab lagi. Kenapakah ada pihak-pihak yang tertentu melanggar peraturan-peraturan yang sedia ada dan cuba "menegakkan benang yang basah" di dalam isu ini? Rakyat akan tentu kecewa dengan apa yang akan berlaku pada 30 Mac ini, malah ketakutan pelabur berkaitan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri akan terus di pertikaikan.

DPPN Pk mendesak pihak yang berkaitan menjawab dengan segera persoalan-persoalan tersebut dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera jika ianya melanggari Undang-Undang sedia ada. Rakyat di Negeri Perak khasnya dan masyarakat dunia amnya sudah tentu ingin melihat keadilan dapat di jelmakan kembali di Negeri Perak ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:

matkambing berkata...

bn tidak akn menjunjung keadilan yang tidak berpihak kepadda mereka!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Warisan Penjajah mana ada keadilan jika tidak memihak kepada mereka...

Jika mereka menang maka mereka cipta berbagai slogan yg mulus2 untuk menipu rakyat dan menggubal pelbagai akta sebagai Penampan bagi mengekalkan kuasa..

...bila Penampan dah roboh, kuasa dah terhakis maka akta2 yg digubal akan ditafsir pula 'ikut suka aku' asalkan menghalalkan apa saja tindakan yg dilakukan tanpa mengendahkan tafsiran sebenar...

Dan cipta pelbagai alasan2 bodoh dan bukti2 bohong...

Teringat kisah perang Balkan dulu dimana Amerika Syarikat telah tersilap mengebom kedutaan China di Serbia...apa alasan Amerika berbuat begitu, "Kami (Amerika Syarikat) tersilap menggunakan peta lama untuk menggugurkan bom, yg mana dalam peta itu tidak dinyatakan bahawa lokasi pengeboman adalah kedutaan China"...
...adakah logik tentera Amerika pakai peta lama untuk menyerang sesuatu lokasi?
sedangkan pada masa itu dah ada satelit pengintip yg canggih!
Ini adalah alasan yg sengaja di ada2kan, tak logik dan sangat menyakitkan hati...

Biasalah, Yahudi punya perangai...

'JUARA RAKYAT' UMNO/BE END MENGINGATKAN AKU PADA MASA PERANG DUNIA KEDUA...
...SLOGAN JEPUN MENIPU ORG ASIA :
"ASIA UNTUK ORG ASIA", "JEPUN PENYELAMAT ASIA" "LINGKUNGAN KESEMAKMURAN ASIA TIMUR RAYA" PADAHAL SEBENARNYA..

ORG MELAYU MAKAN UBI KAYU!

Tanpa Nama berkata...

Di mana pihak yg mengatakan mereka tdk berpihak.Mereka tu cuma buat pekak, bodoh sombong dan buat-buat taktahu.