20 April 2010

1,200 ahli MIC yang bubar parti diajak sokong Zaid

4 jamadil Awal 1431H.
Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 19 April: Firdaus Jaafar, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat merayu kepada lebih 1,200 belia berbangsa India dari keempat-empat cawangan MIC Hulu Selangor yang baru dibuarkan di Hulu Selangor sejak Sabtu lalu supaya memberi undi protes kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut beliau, mereka yang terbabit sewajarnya menyokong Zaid dan Pakatan Rakyat kerana parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik perkauman yang nyata menindas kaum-kaum minoriti di tanah air.

"Penyertaan lebih kurang 1,200 pengundi, khususnya dari kalangan belia di keempat-empat cawangan MIC (iaitu) Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Hulu Tamu dan Ulian Baru sebenarnya tidak merugikan masyarakat India di Malaysia (dan) di Hulu Selangor."

"Undi Datuk Zaid bermakna undi protes (pada) politik perkauman (serta) politik penindasan ke atas kaum minoriti (seperti kaum India) di Malaysia," " jelas beliau ketika dihubungi Harakakahdaily petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, amalan politik perkauman melampau yang diamalkan oleh segelintir pemimpin tertinggi Umno sebenarnya tidak sesuai dengan masyarakat minoriti India.

Ditambah dengan penolakan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel sebagai calon tunggal untuk mewakili BN di P94, menurut Firdaus, ketetapan tersebut menunjukkan bahawa Umno tidak menghargai keberadaan kaum India dalam menentukan konsensus politik dalam BN.

"Timbalan Presiden MIC (Palanivel) sendiri boleh ditolak, P. Kamalanathan adalah calon pilihan Najib, apa lagi toleransi yang Umno ada untuk konsesus bersama MIC dan masyarakat minoriti India seperti di Hulu Selangor," beliau menambah.

Satu sumber memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri S. Sammy Vellu (Presiden MIC) sejak kelmarin dilaporkan sedang memujuk berbelas-belas pemimpin MIC dari 13 cawangan tempatan supaya terus setia menyokong Kamalathan.

Sejak Rabu lepas, dilaporkan lebih 18 Ketua Cawangan MIC mengugut kepemimpinan BN untuk membubarkan cawangan masing-masing sekiranya Palanivel tidak dinamakan sebagai calon.

Ugutan dari akar umbi MIC itu, menurut suatu sumber dalaman MIC sendiri, turut disuarakan oleh Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy.

Pun begitu, Sammy sendiri dilihat sedaya upaya menunjukkan bahawa beliau ikhlas merestui calon pilihan Najib, iaitu Kamalanathan, walaupun beliau sebelum ini merupakan pemimpin BN paling awal membuat pengumuman bahawa Palanivel sebagai calon MIC di Hulu Selangor.

Harakahdaily/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belum tentu PR akan menang sebab ramai melayu telah menganut mazhab 1Malaysia sekarang termasuk anak aku umur 2 tahun (biasa la dah tiap-tiap ari tengok TV termakan jugak dia dengan laungan 1Malaysia tu).Syabas Najib.

Tanpa Nama berkata...

Allah lah penentu segala2nya...marilah kita sama2 berdoa 'ya Allah ya Tuhanku menangkanlah calun PR di Hulu Selangor'..Aminn..

Tanpa Nama berkata...

Tu namanya hangtu ( 4/19/2010 1:13 am ) umno haprak berqiblatkan tv

yes berkata...

Kesian anak anda, umur 2 tahun dah di brainwash, ibu bapa pula serah anak bulat bulat pada ajaran tv.
Anak anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang bertanggung jawab atas pendidikan nya. Pemimpin datang dan pergi, hari ini wawasan dua puloh esok Islam hadari, lusa satu Malaysia.Masa hadapan tak taulah apa akan jadi.

Tanpa Nama berkata...

Itu Samy kita bole cayakah?

Tanpa Nama berkata...

MENANG KALAH HAK MILIK ALLAH, KITA DI SURUH BERUSAHA DAN BERIKHTIAR DAN IKHLAS BERJUANG KERANA ALLAH. NAJIB BUKANLAH PEMIMPIN YG BIJAK, AKU TELAH IKUTI PERJALANAN KARIER POLITIK NAJIB SEJAK DAHULU LAGI...SEMASA DI BAWAH MAHATHIR,SEMASA ADANYA SEMARAK ANJURAN UMNO (SEKARANG JUARA RAKYAT) UCAPANNYA BANYAK MEMBODEK DAN MENGAMPU MAHATHIR SEHINGGA DI BIDAS OLEH MAHATHIR YG BERUCAP SELEPASNYA(PM BERUCAP DI AKHIR MAJLIS).

1MALAYSIA TIDAK BERERTI APA-APA JIKA PARTI-PARTI YG BERASASKAN PERKAUMAN MASIH MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN MALAYSIA KERANA BANYAK KEKANGAN DAN TUNTUTAN OLEH PARTI2 PERKAUMAN INI YG PASTI MEREKA TIDAK KISAH SANGAT PASAL 1MALAYSIA...YG PENTING BAGI MEREKA IALAH TUNTUTAN KAUM MASING2.

INI TERBUKTI DGN WUJUDNYA PERKASA. KENAPA PERKASA PERLU WUJUD JIKA SUDAH ADA 1MALAYSIA?

1MALAYSIA SEBENARNYA DI WUJUDKAN KERANA ANCAMAN PARTI2 PEMBANGKANG SEPERTI PKR YG DI ANGGOTAI OLEH PELBAGAI KAUM, PAS YG ADA KELAB PENYOKONG YG TERDIRI DRPD BUKAN MELAYU...DAN PENUBUHAN KEAHLIAN TERUS BARISAN NASIONAL YG DI ANGGOTAI OLEH BERBILANG KAUM (KONSEP SATU PARTI PELBAGAI KAUM)SEMASA PAK LAH TELAH GAGAL KERANA DI BANTAH OLEH PARTI2 KOMPONEN YG LAIN TERUTAMA SEKALI MIC DAN GERAKAN.

Tanpa Nama berkata...

Itu kena jaga2 tu...kena jaga tu bawak lah dgr ceramah PR & program PAS & PR..anak aku skrg ni asyik pakai baju PAS..3 org sumenya aku belikan baju utk mereka siap dgn gambar tn guru dan lambang pas...dulu tak nak pakai..skrg ni mereka bangga pakai baju pas...

Tanpa Nama berkata...

janganlah kutuk melayu lebih2 sebab aku pun melayu juga,tapiiii memang patut pun kalau boleh bagi makan kabat baru berasab