20 April 2010

Halili umum keluar PKR masuk Umno

4 Jamadil Awal 1431H.

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim.

Dr Halili Rahmat (gambar) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak terpilih dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

23 ulasan:

merbok berkata...

tak kisah la apa pun alasan dia biaq pi la dia keluaq.. baik keluaq sekarang dari keluaq kemudian.. kalau ada lagi yg nak keluaq pi la cepat-cepat.. buat serabut jaa..

kalau laa dia calon MP kat hulu selangor.. lepaih tu menang ..lepaih tu keluaq parti... tak ka naya!

Tanpa Nama berkata...

Inilah antara kesilapan Anwar yang boleh membawa kekalahan PR bukan sahaja pada PRK kali ini tapi PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Belum tentu PR akan kalah..Jentera PAS akan jadi penyelamat..tapi sampai bila?

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini sebab tak puas hati kerana tidak dicalonkan? Mungkin perasaan ini dibaja pula dengan gula-gula UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, mungkin ada hikmah dalam segala-gala kejadian. Sdr dr Hilmi boleh berjuang dalam platform lain. Platform yang lebih besar dan konsisten. Jangan mengalah. Selamat maju jaya.

anakjati Kuala Kurau berkata...

Salam ...semua...
Alhamdulilah ,,, bagus juga Dr Halili pi kat UMNO .. senang rakyat nak menilai dia.. kalau tak mesti dia masih menjadi manusia .. yang sebenarnya dia seekor KATAK jelmaan.
Ini taktik UMNO.. dah banyak PRK kita hadapi selepas PRU yg lepas.. bila nak PRK .. kes KATAK nie.. banyak la plak .. ini taktik UMNO .. berapa la bekas SU PKR tu dpt ... sorang demi sorang dia berjaya UMNOkan ... dalam beg die tu .. rasanya SKRIP untuk setiap KATAK yang berjaya ditangkap utk sidang media...
Jangan risau DR halili tu sapa ... jumpa tgh jalan mau terajang ja.

sopansophian berkata...

jangan terkejut pilihanraya 13 nanti PKR dah tak wujud lagi. Anwar dalam lokap..hanya PAS seorang diri memperjuangkan nasib agama yang menjaga bangsa, negara, manusia ini.
PKR masih terbawa teori keduniaan yang amat ketara sekarang ini..Ramai puak puak dalam PKR cuba nak berkuasa serta merta tanpa perjuangan.
Dap boleh la lagi....walaupun sesekali dilihat cuba nak menguasai seorang diri, tapi masih ada sikap menghormati bangsa lain...
PKR perlu berubah, jangan terbawa perangai umno,,, nak kaya bila masuk politik...
....Terkini ..di Kedah kita buat survey...pilihanraya nanti ramai yang tidak mahu mengundi PKR ...jadi PKR tak perlulah letak calonnya,,,,dah serik ...asyik lompat aja...khianat....dahagi...kalu kat medan perang dah sah kena hukum bunuh....

pemerhati ...

Tanpa Nama berkata...

Ya, Dr Hilmi boleh berjuang dalam platform yang lebih besar, lebih cepat bolih kaya. Lihat sebagai contoh, Khir Toyo, berapa kayanya beliau sekarang.Tak lama lagi bolih dapat Dato dan juga bolih dapat peluang makan angin keluar negeri.

Memang bolih maju dan jaya, tetapi selamat belum tahu lagi kerana sebagai orang Islam kita bukan sahaja mahu selamat di dunia tetapi juga diakhirat.

Tanpa Nama berkata...

Dulu bukan main mengajak rakyat supaya sedar dan berjuan utk menegakkan keadilan..tapi..bila rakyat dah sedar.....beliau tinggalkan rakyat begitu saja.

Apa.....dah jadi macam Raja Katak ke? Aku ingat lagi apa dia kata..."dia akan cium bontot Mahadir kalau dia masuk UMNO balik"...

Mungkin macam tu kot perangai si Dr. Halili tu?

Tanpa Nama berkata...

teruskan pkr manusia seperti pejuang angat2 tahi ayam tu, akan bangkit semula.ammno tu kita hendak lumpuhkan.

Tanpa Nama berkata...

org pkr kebyakan bekas umno peranagi pn mcm umno leee kalu dh pkr dh tk ada calon yg bersih bagi jee kursi tu pada parti pas nee jp2 istihar jd wakil rakyat bebas knp nee... utama kn rakyat ds anwar jgn utamakn nafsu kalu tk ada calon yg benar2 bersih...

Tanpa Nama berkata...

Jika beginilah tahap pemikiran dan keperibadian seorg doktor bertaraf pakar dan senang pula dihasut oleh si batu api aka salehuddin hashim tu, aku tak akan rekomen sapa2 pun utk pergi ke klinik dia.

Saya percaya satu hari nanti Allah akan balas juga perbuatan yg dilakukan si batu api tu. Kita tunggu dan lihat shj. Allah Maha Besar.

author faethal berkata...

Dr Halili tidak bijak,
BN juga tidak bijak,
Sepatutnya BN berjaya baca kekecewaan Dr Halili & memecahkan undi PR dengan DR Halili bertanding atas tiket bebas,

Sebagaimana undi BN terpecah oleh wakil bebas daripada UMNO & MIC.
Tetapi wakil bebas MIC sudahpun menarik diri...
Bagaimana dengan wakil bebas UMNO??..

Tanpa Nama berkata...

bukti nak tau org tu kena beli ke tak?
tgk pegakuan dia kalau dia baca tax ucapan sah lah dia kena beli...
lebih kurang mcm pembaca berita la baca je tax tu.. tak kiralah apa isi kamdunganya asalkan dibayar gaji..

aduh2 pening kepala aku..
dah tak dpt beli MP/ADUN bendahari pun jadi
dibeli...

Geng Muda berkata...

ya....saya amat bersetuju dengan komen di atas ini....Dr Halili Rahmat akan terus berjuang dan senyap selepas pilihan raya ini.... Sebelum itu dapat la beberapa jenis habuan yang mengenyangkan nafsu buat sementara waktu....berjuang kerana kebenaran bukan kerana JAWATAN Dr Halili !!!!!

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu....

Tanpa Nama berkata...

As'kum YB...Maklum pada DS Anwar bila ada seat PKR utk pilihanraya pastikan import org PAS jadi calon PKR ..gunakan strategi sikit utk lawan geng yahudi ni...make sure calon PAS tu tukar imej luaran sebagai org PKR..yg penting imej dlm masih PAS..takbirrr....info pada pimpinan semua...

socialistJR berkata...

ni la baru dinamakan pengKHIANAT bangsa dan pemusnah DEMOKRASI.. org camnih tak yah lah hidup.. pi buang kat guantanamo bay jer la.. nanti suruh pm dia selamatkan dia kat sana.. huh!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah beliau keluar cara gentlemen..dia tak penakut..tak naya rakyat yang pilih dia nanti atas tiket PR..solute dulu..benci..!!1000x betul orang yang bertanding atas tiket PR, kepercayaan kita tetiba jadi sesumpah.....sapa nak bla, bla cepatttt...aku rakyat biasa,dah muak orang hipokrit,tak sedar2 lagi ke kita ni dah akhir zaman, sampai bila nak kejar dunia...tangan sapa yang menarah bukit tak abis2,angin puting beliung dah mari,tak ada stopper dah..manusia rakus sendiri yang merosakkan alam,..jadi pilihlah pemimpin yang berhati perut..

Tanpa Nama berkata...

ape yg aku nak cakap tak semua pemimpin pkr macam DSAI

Musa Mohamad berkata...

org xkuat iman mcm 2 la...melompat je kerja dia..tgok wakil rakyat & org2 pas...mana ada nak lompat2 ni...semuanya berjuang kerana Allah & islam...jd jawatan 2 apalah sgt jika nak di bandingkan dengan ganjaran di akhirat

Tanpa Nama berkata...

nasib baik la tuuu dia pilih lompat awal...bayanglah kiranya orang ni terpilih jadi calon...maka bertambahlah geng2 katak di Parlimen...

Tanpa Nama berkata...

orang Lompat parti adalah orang yang berpeyakit rohani dan jasmani.walau pun pakar dalam perbagai bidang , kembali lah kepada perjuang yang asli yg itu kerana allah swt.

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

sokong sangat dr halili join UBN, mungkin pilihan yg terbaik buat beliau sebelum mengadap Allah.
harap UBN beri kepercayaan 100% kpd dr.halili merekacipta skrip utk 'scrapkan' DSAI....

penyokong PKR diminta bersabar,tunggu dan lihat apa episod dr.halili seterusnya....