4 Jamadil Awal 1431 H.
Hari ini, 19 April 2010 ialah hari Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 82. Dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan media seperti berikut :-
1. Kami Seluruh Pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak serta seluruh rakyat Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semuga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.
2. Suka juga saya jelaskan dan mengesahkan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak dijemput ke majlis gilang-gemilang sebagai pembuka tirai iaitu sambutan yang diadakan di istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
3. Sesungguhnya sebelum ini kami di jemput untuk hadir dalam acara sambutan tahunan Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak.
4. Adapun kenyataan ini dikeluarkan adalah untuk mengelakkan tohmahan dan anggapan kami sengaja tidak mahu hadir dalam majlis rasmi di Istana iskandariah hari ini.
KENYATAAN MEDIA, Pada 19 April 2010
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
10 ulasan:
ADUN JELAPANG DAPAT GANJARAN DATOK HAAHAAAAAAAAAAAA.SUDAH DAPAT MAA.
Tahniah YB Pakatan Rakyat...... tidak dijemput lagi baik.... tak perlu susah susah nak buat persiapan.....
siannye tak kena jemput....
harus saja dapat juga ke
sekarang ni dia dipanggil datok L lah ye?
datok lompat...
bagus yb buat statement mcm ni..terserlah sudah komplot yg diatur..allah akan tunjuk satu persatu.siapa yg terlibat menumbangkan kerajaan pr...dan rampas kuasa rakyat...kami rakyat perak akan menghukum mereka ini..
yb, kalau saya tak pi pun tak pa, kedua, sultan sepatutnya bertakhta di hati bukan di mata. tak pernah sultan mana2 negeri buat macam tu. manusia mulia disebabkan maruah.
ala .....tak pergi pun tak heran......dah tua nak besday...besday pulak......geli aku....pergi ngaji lagi bagus........
perabis duit rakyat....elok pun tak dijemput....tak ada le bersekongkol....Allah selamatkan kami......Allah selamatkan kami semua......Allah selamatkan kami
Aku kalau dijemput pun ...haram kaki aku nak pergi.....karang makan minum kang.....dah tentu rakyat punya duit cukai......
Catat Ulasan