20 Rabiulakhir 1431H
KEMAMAN, 4 April: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar menyifatkan siding DUN yang berlangsung di negeri Perak baru-baru ini bukan sidang ahli-ahli yang berhormat, tetapi adalah suatu sidang polis.
(Gambar - Sivakumar menunjukkan buku 'perintah tetap' yang dibawa bersamanya, kepada semua hadirin)
Beliau berkata demikian kerana katanya, kerajaan Umno/BN Perak sekali lagi telah membawa masuk beratus-ratus orang polis ke dalam dewan yang mulia itu.
Selain itu, beliau mendedahkan, bagaimana kerajaan Umno/BN Perak telah membisukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, memekakkan telinga mereka sendiri dan membutakan seluruh rakyat dalam negara ini.
"Mereka telah mematikan pembesar suara ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, menyebabkan kami tidak boleh bersuara,
"beberapa orang dari kami telah mengangkat buku ‘perintah tetap’ DUN Perak, namun ‘speaker haram’ Ganesan tidak peduli, dan memekakkan telinga mereka,
"dan mereka telah membawa masuk hanya media yang menyokong mereka, menutup segala komunikasi, dan hanya menyiarkan berita yang ‘membuta’kan seluruh rakyat, dari mendapat tahu berita sebenarnya,”kata Sivakumar dalam ucapannya di majlis Perasmian Festival DUN Chukai, Khamis 1 April, 2010.
Oleh itu, katanya, apa guna semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terus berada dalam sidang DUN, sedangkan tidak boleh berbuat apa-apa, tidak boleh bersuara.
Justeru, semua ADUN mengambil tindakan untuk keluar dari Sidang DUN Perak pada 31 Mac, Rabu lalu.
Harakahdaily.net/-

2 ulasan:
ala apa nak heran ngan BN.SIFIRNYA MUDAH.xda telur jantan puak tu.bawa polis sbab xbleh nak bdepan ngan pembangkang.setakat kluar TV ckp mcm kita lah HERO,tp bila bdepan bawa geng baik xpayah.tu je
SALAM,
TERINGAT PULA SAYA TENTANG ZAMAN PERTENGAHAN DI EROPAH YG JUGA DIKENALI SEBAGAI ZAMAN GELAP EROPAH(DARK AGES/MIDDLE AGES)DIMANA PADERI-PADERI GEREJA KATOLIK BERUSAHA UNTUK MEMADAMKAN KEBENARAN ILMU SAINS YG DATANG DARI EMPAYAR ISLAM SEPANYOL KE EROPAH BARAT, DAN MENGELAKKAN ORG2 EROPAH BARAT YG BARU MEMELUK KRISTIAN ITU DARI MENGETAHUI HAKIKAT KEBENARAN ISLAM...
PADERI-PADERI KRISTIAN MAZHAB ROMAN KATHOLIK INI TELAH MELAKUKAN PELBAGAI CARA SEPERTI MENANGKAP AHLI SAINS, MEMENJARAKAN MEREKA DAN ADA YG DIBUNUH...
TETAPI, AKHIRNYA KEBENARAN TETAP AKAN MENANG...
UMNO DAN BE END PERAK TELAH MEMBAWA NEGERI DAN PENTADBIRAN NEGERI PERAK KE ZAMAN GELAP...ZAMAN HURU HARA, ZAMAN PERATURAN BERADA DI TANGAN PIHAK YG BERKUASA BUKAN DI LETAKKAN DI NERACA KEADILAN...
SETELAH GELAP, PASTI AKAN DATANG YG TERANG...
MENJADI TANGGUNGJAWAB PIHAK PAKATAN RAKYAT UTK MEMBAWA ZAMAN PENCERAHAN/ZAMAN RENAISSANCE KENEGERI PERAK DAN PERJUANGAN ITU PERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN YG TIADA NOKTAHNYA.
CHANGE, WE BELIEVE IN...(PINJAM MOTTO DARI KEMPEN OBAMA, KULIT HITAM PERTAMA JADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT)
Catat Ulasan