4 Jamadil Awal 1431H.
Perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadual hari ini terpaksa ditangguh kerana Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas sakit dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata Abdul Rahman, 72, dimasukkan ke hospital itu semalam dan menerima rawatan untuk penyakit berkaitan paru-paru.
Katanya disebabkan keuzuran Yang Dipertua Negeri itu persidangan itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Abdul Halim berkata tarikh akhir dewan itu harus bersidang bagi penggal ini adalah sehingga 5 Jun ini.
Menurut laporan hospital, Abdul Rahman dijangka pulih dalam tempoh seminggu hingga dua minggu selepas menerima rawatan.
- Bernama

1 ulasan:
sebagai bekas anak murid kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Rahman Abbas yang lebih mesra dipanggil Cik Gu Man - Saya doakan moga beliau cepat sembuh dan diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus memimpin kerajaan Pulau Pinang bersama Pakatan Rakyat. (lan kota aur)
Catat Ulasan