28 Jun 2010

Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

"GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini.

“GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi.

Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi.

Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.

"Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi.

"Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya.

Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi.

"Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

pis berkata...

umno bukan macam pas, umno dominan dalam BN. keputusan umno= keputusan BN. pas tak ade harga dalam pr... rampas arak kena pulak balik sebab kena marah dengan DAP. hamPAS!!! takbir

Tanpa Nama berkata...

adun titi serong tolong henti jadi balaci DAP. tanggungjawab yang tuan bawa sampai akhirat..ingat! semoga tuan diberi hidayah. kerajaan islam perak sekarang jangan diganggu. biar zambry menjalankan amanah allah.

Tanpa Nama berkata...

jangan lagi politikan isu judi, tuan sengaja nak memecah belahkan umat islam.....tolonglah tuan.guna iman bukan perasaan tamak untuk mendapat kuasa.

Tanpa Nama berkata...

judi ada lesen jadi halal ke? cina ada perkataan islam jadi ulama ke? tak yah lah takbur dengan meletak cina+islam, bukan jual makan. perjuangan mestilah berlandaskan islam bukan kepartian yang akan menyebabkan tuan menyokong agenda parti lebih dari islam. jadi seperti zulkifli nordin. tuan contohi ustaz ridzuan tee(tak pernah kata cina islam) kerana perjuangannya untuk islam dan jelas ikhlas. dari melayu islam untuk cina islam(elok ke macam ni)

Tanpa Nama berkata...

salam,

nice blog.
blog ini dah dilistkan dalam warta365.blogspot.com

mintak ehsan tuan blog listkan blog hamba , http://warta365.blogspot.com

terima kasih

wasslam

Tanpa Nama berkata...

ulama-ulama di dalam parti politik bukanlah ulama-ulama yang sebenar-benarnya, SEBALIKNYA merekalah yang digelarkan SYAITAN YANG NYATA seperti yang terkandung di dalam suratul Yassin kerana mereka cenderung untuk berpihak kepada parti dan kelompok mereka, bukannya kebenaran!