10 Syawal 1431H.
KOTA BHARU, 19 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.
Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.
Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.
Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam.
Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008 menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik.
“Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?” soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat.
Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas.
Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa.
Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen.
Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu.
“Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah ‘mandat kepada Pak Lah’, dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal,” ujarnya.
Harakahdaily/-

7 ulasan:
tiada gunanya memerintah semua negeri di malaysia tetapi putrajaya ditangan BN... negeri yang di perintah akan di zalimi...
peristiwa di perak contoh terbaik putrajaya perlu ditawan pakatan rakyat.
pakatan rakyat kena kerja lebih kuat menawan putrajaya PRU13
PAS makin kehadapan menjiwai masaalah rakyat seperti saman ekor dan insuran yang mahal.. teruskan pembelaan isu rakyat secara langsung
Cuti raya aidilfitri baru-baru ni perjuangan PAS masuhkan saman ekor menjadi perbualan masyarakt sedangkan UMNO hanya jadi jaguh slogan tetapi dasar menindas rakyat
PAS sentiasa kedepan menangani isu terkini dengan jelas dan berani TAHNIAH teruskan perjuangan.
PASlah sebenarnya juara rakyat, sedangkan UMNO juara menindas rakyat, ekonomi dan jenayah makin teruk, tapi rakyat nak ditipu UMNO
Catat Ulasan