07 November 2010

GALAS : KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT PERAK

29 Zulkaedah 1431H.

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berpandangan kekalahan PAS di Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada semua pejuang dan penyokong parti serta Pakatan Rakyat. Berhubung dengan hal tersebut, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ingin membuat kenyatan media:

1. Pakatan Pakyat Perak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas PAS dan PR , khususnya mereka yang datang dari Perak, Sesungguh semangat juang yang tinggi dari semua petugas dengan tidak mengenal penat dan lelah serta pengorbanan wang ringgit amatlah dihargai.

2. Saya menyeru semua pihak supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka sebagai adat pertandingan. Kita sebenarnya menghadapi jentera kerajaan dan bukannya hanya jentera BN dan UMNO dan ini tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi , PR Perak juga mengingatkan bahawa kita mesti yakin terdapat hikmah di sebalik keputusan yang diterima semalam.

3. Disamping itu saya merasa kesal dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku, antaranya ialah seperti isu berikut :

i. Kejadian kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti.

ii. Isu habuan p'raya di DUN Galas : Ratusan beratur untuk mendapatkan RM250 dan Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun membisu bila diminta respon mengenainya.

iii. Isu SPR membenarkan logo parti memasuki pusat mengundi iaitu sebagaimana yang diulas oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

4. Pakatan Rakyat Perak juga ingin menyeru supaya semua bersiap sedia untuk PRU ke 13yang dijangkakan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Pakatan Rakyat Perak seterusnya menggesa para petugas supaya meningkatkan gerak kerja pilihanraya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Sekretariat PR Perak.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB,

Semua perkara yg YB cakap ni dah standard MO SPR..nati PRK akan ulang juga benda yg sama..cth rasuah, pengundi hantu dsb..Soalnya apa tindakan PAS dan PAKATAN dalam hal ni..jgn lah kita dianggap sebaigai budak hingusan yg boleh dibuli seboleh2nya..apa cerita dgn dakwat hitam??dengar cerita jumlah undi pos dan banyak meningkat di Perak?Apa tindakan kita..nak hantar memorandum lagi?disambut SPR dan ditongsampahkan kemudian?Nak mintak Pengerusi SPR letak jawatan??haha..itu satu tindakan yg lawak..soalnya kenapa setiap kali Pilihanraya baru kita nak bising..baru kita tak puas hati..mesti usahakan sesuatu yg konkrit..ambil tindakan mahkamah..hantar bukti penipuan ke Bangsa2 Bersatu..tak kan kita PAKATAN begitu naif yg SPR tidak akan buat benda yg sama pada PRU13 nanti?tak lepas kalah nanti baru nak bising lagi kut?BERSIH pun dah senyap hilang kemana??

Tanpa Nama berkata...

kenapa setiap kali PR kalah, ada saja alasan. Pengundi hantu la, SPR berat sebelah, UMNO guna jentera kerajaan la. Tapi kalau PR menang takde bising pulak?? UMNO saja ke yang ada pengundi hantu??

Nur Ikhsan berkata...

Salam perjuangan

Kepada saudara yang ada nama tp x ngaku ade nama. Kita masih mengamalkan prinsip demokrasi yang kerajaan sedia ada nak mansuhkan. Memang kalau UMNO kalah dia tak siarkan alasan dia, sebab dia tau, dia menang pon bukan dengan cara yang betul. Kita masih mahu menjaga keharmonian sejagat sebagai satu komuniti rakyat Malaysia bukan 1Malaysia (BN) dan mengamalkan hak kebebasan bersuara. Kita keluarkan kenyataan mesti ada asas bukan membabi buta macam BN. Cuma orang yang tuli sahaja yang sokong BN tanpa usul periksa, jaga hati konon. Tolong la... sedarlah dari tidurmu...

Tanpa Nama berkata...

macam mana anda tau BN membabi buta? macam mana anda tahu semua penyokong BN tuli? kenapa anda kata mereka yang menyokong BN masih belum sedar dari lena? adakah itu suatu fakta? kalau sekadar suara hati anda, maknanya bukan faktalah. kalau bukan fakta maknanya apa? siapa sebenarnya yang membabi buta?

Tanpa Nama berkata...

lebih baik tanpa nama daripada berselindung disebalik nama yang indah.