07 November 2010

ROSMAH PEMANGKU PM?

29 Zulkaedah 1431H.
Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 4 November :- Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

Menurut seorang peguam terkenal, Malik Imtiaz Sharwa, beliau mempersoalkan bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM.

Senario ini telah menjadikan pentadbiran BN semakin pelik, isteri perdana menteri bukan seorang ahli parlimen, adakah Malaysia ini milik najib dan rosmah, kejadian ini sedikit sebanyak membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia ini sememangnya sentiasa “Malaysia boleh” dalam apa jua hal termasuklah juara kejadian pelik dan aneh.

Satu ketika dahulu, jika Datin Seri Dr. Wan Azizah juga dipersoalkan tentang hal yang sama dalam hal “mengganti” DSAI ketika beliau meringkuk dalam penjara, persoalan ini tidak wajar kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan menang seterusnya layak selaku ahli parlimen, ini suatu yang sememangnya hak beliau untuk berada di posisi pemangku suaminya.

Akan tetapi Datin Seri Rosmah langusung tiada kaitan dengan sebarang jawatan dalam pepimpinan Negara, ahli parlimen juga tidak senator jauh sekali, masih ramai lagi mentari lain jika TPM juga tidak dapat hadir bagi mengganti PM yang berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.

“Saya mencadangkan beliau (Rosmah) perlu bertanding di mana-mana parlimen terlebih dahulu jika berminat lagi mahu menjadi “pemangku” PM lagi selepas ini,” ujar Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Saya juga ingin mencadangkan agar beliau (PM) seharusnya peka dengan kewajipan melantik mana-mana menteri bagi mengganti beliau jika sekiranya beliau tidak sihat sekalipun dalam ketidaksanggupan hadir ke manamana jemputan, ini bagi menjaga imej PM Malaysia itu sendiri.

5 ulasan:

dlines berkata...

KUASA KAT TANGAN MEREKA APA SAJE BOLEH... pru13,RAKYAT KENA AJAR PEMIMPIN BEGINI.
MULAKAN PELAN UNTUK DAPAT PAKATAN MENGAMBIL ALIH KEPIMPINAN NEGARA...SAYONARA UMNO/BN

IbnAbdHalim berkata...

Muhyiddin ialah TPM tapi RM ialah Pemangku PM. Ini boleh jadi, mungkin, PM tak yakin dengan TPM. Takut kalau-kalau serah kuasa kat TPM langsung hilang kuasa. Lebih baik bagi bini kuasa.

Raziq Najab berkata...

ALTANTUYA DIDAHULUKAN,
ROSMAH DIUTAMAKAN!!!

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tumbangkan UMNO PRU13

Tanpa Nama berkata...

NKRA kan = Najib Kerja Rosmah Arah.
lepas ni stiap warta brita keluar muka RM..gila kuasa punya bini PM.. (Mr K)