26 November 2010

Pertubuhan Bantuan Etnik Hui dan Salar di Provinsi Qinghai

19 Zulhijjah 1431H

Pada 2 Mac tahun 2004, permohonan penubuhan Pertubuhan Bantuan Etnik Hui dan Salar, Qinghai disahkan oleh Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Qinghai.

Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai ditubuhkan untuk mempopularkan tradisi bangsa China membantu golongan miskin dan yang menghadapi kesukaran, memberi bantuan kepada para pelajar Islam yang tidak mampu membayar yuran sekolah,

menyokong mahasiswa beragama Islam yang mahu meneruskan pengajian dan membantu penduduk daif yang mengalami bencana atau penyakit supaya mengurangkan beban kerajaan di samping memberi sumbangan kepada pembangunan bahagian barat China.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Etnik Salar Qinghai telah menyediakan lebih 2 juta yuan RMB kepada kaum muslim yang memerlukan bantuan. Kebanyakannya merupakan bantuan pendidikan, termasuk sebahagian bantuan kemiskinan dan bantuan perubatan.

Sumber dana persatuan tersebut terutamanya daripada sokongan kerajaan, sumbangan daripada pertubuhan masyarakat dan orang perseorangan, pendapatan daripada penyelenggaraan pertubuhan amal dan perkhidmatan, faedah bunga dana sumbangan, yuran anggota persatuan dan sumbangan dari luar negara.

Disebabkan kedudukan ekonomi yang terkebelakang di Provinsi Qinghai, sebahagian pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari etnik Hui dan Salar tidak mampu membayar yuran sekolah.

Sebahagian mahasiswa pula terpaksa melupakan peluang untuk meneruskan pelajaran peringkat sarjana bahkan kedoktoran. Untuk membantu pelajar-pelajar tersebut, di samping menyediakan wang bantuan, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai bekerjasama dengan Universiti Etnik Pusat, Universiti Perguruan Qinghai dan beberapa universiti yang lain, mendorong mahasisiwa menyertai aktiviti "memahami Qinghai, menyokong bahagian barat".

Sejak bulan Julai tahun 2005, ramai sukarelawan dari universiti-universiti tersebut datang ke sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan terpencil dan miskin di Provinsi Qinghai untuk membimbing pelajar-pelajar tempatan. Sukarelawan tersebut,

daripada etnik Hui dan Salar sendiri di samping etnik Han, Kazak, Tibet, She dan Dongxiang. Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan.

Dalam bidang bantuan perubatan, persatuan itu juga bekerjasama dengan Hospital Palang Merah Qinghai dan Hospital Ke-4 Tentera Pembebasan Rakyat China untuk menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk miskin di desa. Sejak bulan Jun tahun 2005,

Hospital Palang Merah Qinghai menyediakan bantuan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan sebulan sekali. Penduduk Islam yang miskin dapat potongan harga kos perubatan dengan membawa surat bukti daripada Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar di hospital tersebut.

Mulai bulan Julai tahun 2005, Hospital Ke-4 Tentera Pembebasan Rakyat China menyediakan bantuan perubatan di kawasan miskin dan desa tempatan berdasarkan "perjanjian kerjasama" dengan persatuan tersebut. Selain itu, kos perubatan para pesakit muslim diberi potongan sebanyak 10%-30% di hospital tersebut.

Dengan sokongan hospital-hospital tersebut, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar menubuhkan pasukan sukarelawan bantuan perubatan dan enam pusat bantuan perubatan sendiri untuk menyempurnakan perkhidmatan sistem perubatan kerjasama desa yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Sehingga kini, sudah 5 tahun, Persatuan Bantuan Etnik Hui dan Salar Qinghai telah menjalinkan jaringan kerjasama dengan jabatan kerajaan, badan perubatan dan badan autonomi penduduk tempatan untuk berkongsi maklumat, saling melengkapi dan berkembang bersama dalam bidang bantuan pendidikan dan perubatan, pembasmian kemiskinan serta penyelamatan bencana.

CRI/-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Etnik Hui ni gologan Muslim di China kan?