09 Disember 2010

HAK MILIK TANAH: ZAMBRY DAHULUKAN IBUNYA

03 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan penjelasan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir berhubung dakwaan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan pembelian tanah oleh Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan Kampung Masjid, Pulau Pangkor kerana Ibunya turut tinggal di situ sekarang ini.

Oleh kerana Ibunya turut berada di situ, maka Kerajaan Negeri telah membelinya daripada tanah hak milik persendirian dan memberikan hak tanah tersebut kepada semua yang sedia tinggal di situ. DPPN Pk pertamanya ingin mempersoalkan, mengapakah sebelum ini banyak kawasan Perkampungan Setinggan terutama di Bandaraya Ipoh masih belum diberikan hak milik tanah mereka sedangkan perkampongan setinggan ini juga perlu diselamatkan.

Manakala yang keduanya, perkara tersebut jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry berkepentingan di dalam memastikan Ibunya turut mendapat hak milik tanah tersebut. Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak membuat siasatan adakah Datuk Seri Zambry turut terlibat meluluskan pemberian tanah tersebut serta terlibat dalam usaha pembelian tanah tersebut bagi pihak kerajaan negeri.

Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa ada unsur rasuah telah berlaku di dalam pemberian tanah tersebut di dalam kelompok ahli keluarga beliau. Dalam konteks masalah tanah yang telah lama menjadi tempat tinggal Ibu Datuk Seri Zambry, mengapakah beliau yang pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lumut pada tahun 1992 dahulu tidak memperjuangkan agar semua penduduk di situ diberikan tanah?

Datuk Seri Zambry yang turut pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pulau Pangkor pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali dilihat tidak juga memperjuangkan masalah tanah di mana Ibunya tinggal sekarang. Alasan Datuk Seri Zambry jelas membelakangkan hak rakyat terlebih dahulu dan tindakannya juga tidak mengutamakan rakyat yang amat memerlukan.

1 ulasan:

huda al hadi berkata...

DPPN Pk dipohon bersabar dengan keadaan penduduk P.Pangkor khasnya berhubung penduduk melayunya. Keadaan mereka amat daif. Senario kehidupan mereka macam tak pernah wujud wakil rakyat; namun yang nampak wujud adalah pemodal-pemodal yang berlumba mencari keuntungan.

Kalaulah ada sesaorang hadir untuk memberi pertolongan walaupun di kira terlambat berilah laluan yang luas untuk berbuat demikian. Mungkin mereka ni baru sedar emak/bapak saudara mara dan sahabat handai hidup sengsara selama ini. Sementelahan ada kuasa eloklah ambil menafaat masa ini, nanti kata orang tak buat jasa lebih-lebih lagi ada kehidupan ibu-bapa di situ. Kalau orang lain berkuasa nanti putih mata tak dapat buat jasa dahtu dikata orang buang masa dan usia sahaja menjadi wakil rakyat merangkap MB pula selama itu.

Eloklah DPPN Pk mensasarkan kawasan lain untuk diberi fokus perbandingan umum bagi membela nasib rakyat. Siapa saja wakil rakyat yang ada kuasa sewajarnya membangunkan kawasannya dahulu untuk dijadikan printis kearah pembangunan kehidupan rakyat. Pada hemat saya rakyat marhen P.Pangkor memerlukan pembelaan semua peringkat negeri dan perseketuan kerana mengimbau sejarah pulau itu menjadi 'Tinta' sejarah di mana "Termeterinya Perjanjian Pangkor" yang telah merobah landskap pemerintahan Negeri Perak di zaman penjajah inggeris dahulu. Kalau tidak Pulau itu akan dimilik asing bahkan di masa kini satu sudut telah dicemari dengan budaya "bertelanjang". Betul atau tidak 'Perak Boleh'..