29 Disember 2010

Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf

23 Muharam 1432H

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

Malaysiakini/-

9 ulasan:

Hamdan Rukun berkata...

SEPATUTNYA NIK AZIZ BERSYUKUR ADA ORANG MENGINGATKANNYA TENTANG KEMATIAN. SEMAKIN KUAT INGATAN KITA TERHADAP MATI, INSYAALLAH SEMAKIN TUNDUK KITA TERHADAP ALLAH.

MUDAH MUDAHAN TERHINDAR KITA DARI TAKBUR DAN RIYA'. LAGIPUN SEMUA KITA SATU MASA PASTI MENGADAP TUHAN.

TOK GURU..USAHLAH TERLALU CINTA DUNIA. DUNIA INI FITNAH KEPADA KITA.

Tanpa Nama berkata...

isunya sekarang ialah fitnah.. tak relevanla nak kaitkan isu fitnah ni dgn cinta dunia...

Tanpa Nama berkata...

Oi luncai, hal yang berlaku adalah mereka ini bukannya berniat jujur tetapi penuh dengan niat jahat. mereka menyebarkan berita ini untuk menghancurkan bukan menasihat. Nak berterima kasihkah terhadap orantg-orang macam ni, gunalah otak sikit..

Nur Ikhsan berkata...

otak yg diberi oleh Allah disuruh berfikir ke arah kebaikan, bukan memanipulasi ayat demi kepentingan dunia. Si Luncai sengaja nk cucuk para pembaca disini supaya kita berfikir mengikut cara mereka. Orang yang berilmu dan dilindugi oleh Allah pasti tidak akan termakan dengan tipu helah kau, wahai si luncai. Kalau Allah dah beri amanah, jangan buat sesuka hati nk lepas, Luncai diberi amanah untuk menjaga tubuh jasadnya dari melakukan dosa terhadap Allah, entah dia faham ke tak... Fikirla sendiri ek...

Raziq Najab berkata...

PADANLAH DENGAN NAMANYA PUN SI LUNCAI BIARLAH DIA TERJUN DENGAN LABU2NYA UMNO / APCO!.
X KENA BATANG HIDUNG DIA / MAK BAPAK DIA... DAH KENA TAULAH!

musafirlalu berkata...

Inilah jenis akal letak bawah tapat kaki, Allah dah letak akal ditempat yang paling tinggi tapi ada lagi yang lebih pandai.
Ini bukan soal mengingati mati, soalnya tuduhan tersebut bolah membawa banyak mudarat daripada kebaikkan. Bagaimana kalau kata Najib Tun Razak yang mati, tidakkah huru hara jadinya.
Mereka orang yang dikenali ramai, bukannya macam siluncai yang terjun dengan labunya. Kalau hang mati tak apalah pasal orang tak kenal hang tu sape. Inilah hasil daripada peninggalan Che Det.

SokongPR berkata...

Sekadar INGATAN!!!!!

Pertama : Tahniah!!!! 11juta hits. Alhamudillah. Makna ramai pengundi senang memerhatikan.
Kedua : PRU 13. Dah bersedia ke belum? Rasa2 tak cekup.
Ketiga : ini masa nya kena jumpa semua pengundi yang sokong atau tidak. Ini sebagai Mid-Term Review dengan pengundi.(pastikan pengundi dan ahli keluarga mereka)
Keempat : Kalau Pru 13 dipanggil sekarang tak dak TV dan Newspaper nak counter. Kalau tak jadi tahun ini...alhamdullilah Mid-Term review akan di appreciate oleh orang ramai.
Kelima : Bahan - cerita apa yang dibuat oleh PR di Perak semasa perintah dan juga di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
Keenam : Buku Jingga.
Ketujuh : jangan asyik cita sama hentam depa.
Kelapan : pastikan pastikan - semua pengundi Saudara jumpa target 80% lebih better.

Tanpa Nama berkata...

BIARLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.....

Blogger berkata...

Nik Aziz tu selalu ingatkan mati...tapi engko ada ingat ko,,,,