26 Disember 2010

RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

19 Muharram 1432H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: PAS mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah ataupun hanya akan memperlihatkan sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat.

Ketua Penenrangan PAS, Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS merasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan memerintah negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji tersebut hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas ini.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," ujarnya lagi.

Sambil menasihatkan Muhyiddin sabar dan tidak emosi, Idris juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga jelasnya tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Warga pendidik seluruh Malaysia inilah masanya kita memberi sokongan pada PR...kalau kita lihat banyak isu2 yang dipaparkan meragukan kita. Jangan hanya membaca media kerajaan sahaja bnyk yg di manipulasikan. Byk sumber alternatif maklumat buat pembandingan dan guna akal pemberian tuhan dalam menganalisa, tentu anda mendapat jawapannya. Bermohonlah pada Allah itulah sebaik2nya. HIDUP PR.. sebagai wadah membela nasib Rakyat Malaysia..INSYALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya guru ini diberikan lagi keistimewaan lain seperti gelaran Dato' dan sebagainya bagi guru yang layak supaya muridnya dan orang awam hormat kepada guru, jasa mereka sangat besar. Bab kata A.Samad Said dari perdana menteri sehinggalah orang awam ianya bermula dengan guru biasa, Islam sendiri amat menyanjung tinggi guru sehingga ada menyebut walaupun tidak sempat belajar tetapi menyayangi guru yang mengajar atau menyukai orang yang belajar sudah cukup untuk mendapat payungan Malaikat atau mendapat Syurga. Berilah ganjaran kepada guru ini sekalipun sampai mereka kaya raya, jangan denki dengan guru apatah lagi nak disaman mereka kalau ada kekurangan pada mereka. Ingatlah jasa mereka amat besar, kalau ada sedikit kesilapan mereka maafkanlah mereka, mereka mengajar dan mendidik anak kita dalam jumlah yang ramai sudah pasti ada yang stress, kita yang menjaga anak yang tak sampai 10 orang pun kekadang pukul-pukul juga anak. Tak dinafikan ada sebahagian kecil guru yang bermasaalah, biarlah pihak berwajib menyelesaikannya.

Tanpa Nama berkata...

guru mana ada klim lebih masa
guru mana ada trak utk berpindah
guru mana ada BISP kecuali sket saja...
ank guru tiada koata msuk MRSM
ank gur tiada koata masuk Model Khas
ank guru tiada koata di mana2
guru dahulukan yuran muridnya
guru belanjakan duit poket prkara biasa...
walhal gaji guru sket dgn rakannya dr jabatan lainnya
Salahkah guru dapat RM500?