19 Muharram 1432H.
TITI SERONG,26 Dis.:- Binaan bangunan dan institusi pendidikan atas nama Allah dan kerana tuntutan Allah tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan manusia pasti akan terus kekal walaupun terdapat usaha untuk merobohkannya, Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi ucapan perasmian dalam Perhimpunan Bekas Pelajar Tahzib di sini pagi tadi.
Himpunan yang dihadiri oleh sekitar 200 orang bekas pelajar tahzib itu turut dihadiri oleh Isteri ADUN berkenaan dan Pengetua Sekolah.
Sekolah Menengah Agama Al Tahzib pernah menggemparkan banyak pihak bila pihak pengurusan sekolah mengambil langkah yang drastik dengan bertindak untuk keluar dari senarai Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK) pada tahun lepas. Sekolah itu pernah berada dalam senarai SABK sejak tahun 2006.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah memberikan beberapa contoh besar dengan usaha pihak tertentu untuk meruntuhkan binaan atas nama Allah. Antaranya bangunan Kaabah yang pernah ingin dirobohkan oleh Abrahah dengan tentera bergajahnya namun digagalkan oleh Allah SWT yang mengirim gerombolan burung yang melampari mereka dengan batu yang membinasakan musuh Islam itu.
"Terdapat juga usaha untuk melihat PASTI ditutup namun ianya masih gagal sampai sekarang" Tegasnya.
Pada kesempatan itu beliau mendedahkan perkembangan institusi agama seperti sekolah menengah, rendah dan maahad tahfiz terus berkembang waaun terdapat pihak yang tidak senang dengan usaha itu.
"Sekarang pemimpin suruh Islam ikut dia sedangkan yang sepatutnya kita kena ikut Islam" Jelas Khalil.
2 ulasan:
Terimbau kembali kenangan manis bersama rakan-rakan disekitar kpg Parit Hj. Nasir, Parit 80L/Parit Mat Alam, Parit Tok Ngah dan Tebuk Hj Musa....!
Bukankah disekolah ini jugalah diadakan Muktamar Pas yang pertama diadakan oleh YB Dato Hj Asri Hj Muda.
Terima kasih kpd YB kerana sudi menerima jemputan kami untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Majlis Perjumpaan bekas Pelajar-Pelajar Tahzib (MPBPT) pada 26hb Disember 2010. daripada Tarmizi B. Mokri (Penyelaras Program MPBPT)
Catat Ulasan