16 Januari 2011

PBB takut dengan PAS Sarawak.

11 Safar 1432H.
Kenyataan Media Pas Miri

Ulasan PAS terhadap kenyataan akhbar YB Daud

PAS Sarawak ingin membalas pandangan kepada naib presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman tentang PAS akan gagal untuk memenangi kerusi dalam pilihanraya Umum Sarawak nanti. Ini menujukan PBB takut dengan PAS untuk memenangi kerusi dalam majority kawasan Melayu Islam.Kita juga yakin bahawa PAS Insya-Allah dapat menawan kerusi dewan undangan negeri Sarawak dalam piliharaya nanti.

Hampir semua media tempatan yang dikawal oleh BN memberi gambaran buruk tentang PAS di Malaysia sebab itulah rakyat jadi keliru dan dapat gambaran buruk tentang PAS. PAS Sarawak juga mendapat sokongan dari orang Islam dan yang bukan Islam yang tinggal dalam kawasan bandar terutama sekali mereka yang dapat maklumat tentang PAS dari sumber media PAS. Kami percaya sekira media tempatan telus dan bebas dari kawalan BN, rakyat sudah pasti dapat gambaran yang jelas tentang perjuangan PAS.

Jangan memandang rendah terhadap keupayaan PAS Sarawak walaupun kami adalah minority dalam Pakatan Rakyat Sarawak tapi maktlamat kami adalah untuk menukar dan menjatuhkan kerajaan BN bersama Pakatan Rakyat hendaklah diteruskan. PAS dan Pakatan Sarawak percaya rakyat Sarawak sudah bersedia untuk mengubah dan menukar kerajaan BN yang ada sekarang jadi bagilah peluang pada PAS dan Pakatan untuk memerintah demi kesejahteraan dan pembangunan untuk semua. Kita mengalu-alu penyokong PBB dan BN untuk bersama PAS. PAS untuk semua.

Pas Kawasan Miri

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi Mosbi Zaidi bersama YB Daud selagi perastasi YB Daud akan turun dan bermasalah. Itu cakap bekas2 SB dan wakil YB daud dalam
N5 Tupong.Dari Jenai Taman Malihah.

Tanpa Nama berkata...

Takbir,Allah akhbar.apa yang saya dapati bahawa PBB sudah pun rapuh,
sokongan hanya laungan sahaja lagi demi untuk mendapat habuan.ramai pemuda dan anak sarawak sudah matang dalam berpolitik bukan seperti dulu lagi,dulu boleh lah masa atuk nek tapi sekarang TIDAK untuk PBB.kami sentiasa menyokong penuh PAS.mereka hanya mengisi poket kroni dan keluarga mereka sahaja,lihatlah apa yang berlaku di Bintulu.Jika kita masih memilih PBB maka kita akan mundur,jangan terkeliru mainan mereka ini.kerajaan malaysia bagi peruntukan bukan nya PBB Atau BN.