14 April 2011

Mubarak ditahan 15 hari untuk soal siasat

10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir mengarahkan bekas Presiden, Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat berhubung dakwaan beliau menyalahguna kuasa semasa 30 tahun memerintah, menyeleweng dana dan mengarahkan penunjuk perasaan dibunuh.

Televisyen Mesir melaporkan Mubarak, 82, serta dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa akan dihadapkan seorang hakim di Kaherah Selasa depan untuk disoal selepas pihak pendakwaraya mengarahkan mereka ditahan.

Ahad lalu, Mubarak menafikan sebarang salah laku.

Kelmarin, beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital di Sharm el-Sheikh selepas mengalami apa yang dilaporkan media sebagai "krisis jantung". - Reuters

Tiada ulasan: