12 Jun 2011

Ditangkap berbasikal dalam keadaan bogel

10 Rejab 1432H. [MOD] -


SANTIAGO 12 Jun - Tujuh penunggang basikal ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel yang merupakan satu kempen yang dilancarkan di seluruh dunia.

Para penunggang berkenaan pada awal memakai pakaian lengkap ketika menunggang di kawasan perumahan, tetapi mula menanggal pakaian apabila sampai ke kawasan Plaza Italia sehingga sebahagian daripada mereka tidak memakai seurat benang sekalipun.

Santiago salah sebuah bandar di seluruh dunia yang menyertai kempen berbasikal dalam keadaan bogel dimulakan sejak 2004 untuk membantah kebergantungan kepada minyak dan menuntut hak sebagai penunggang basikal.

Para peserta berharap penduduk Chile sedar akan pentingnya keselamatan penunggang basikal berikutan aktiviti itu semakin popular di bandar yang paling tercemar di Amerika Latin itu. 

AFP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB, tolong bagi tahu pada team basikal tu, buat kempen di KL pasti tidak ditangkap, kerana kerajaan malaysia tiada undang-undang lucah (porno, video sek, dan penyebaran bahan lucah), pasti ramai penontonnya dan jangan lupa panggil hishamudin semasa majlis pelancarannya dan rosmah majlis penyampaian pingat.