07 September 2011

200,000 guru di Kenya mogok


9 Syawal 1432H. [MOD] -

NAIROBI 7 Sept. - Kebanyakan sekolah di Kenya terpaksa ditutup hari ini apabila sekitar 200,000 orang guru melancarkan mogok meminta kerajaan menambah bilangan guru di sana.

Kesatuan Guru Kenya Kebangsaan (KNUT) yang mempunyai seramai 200,000 orang ahli, meminta kerajaan untuk mengupah lebih ramai guru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah selepas Presiden Mwai Kibaki memperkenalkan pendidikan sekolah menengah dan rendah percuma.

“Kesemua sekolah rendah kerajaan dan 40 peratus sekolah menengah ditutup, dan 11.1 juta pelajar terjejas,” kata pegawai kesatuan, David Okuta. - Reuters

Tiada ulasan: