24 September 2011

Nenek mati berbaris 12 jam

26 Syawal 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

MOSCOW 24 Sept. – Seorang wanita Rusia berusia 74 tahun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas lebih 12 jam berbaris untuk menjalani pemeriksaan kastam ketika melintasi sempadan dari China.

Ketika kejadian, wanita berasal dari bandar Borza di Siberia itu beratur di tempat pemeriksaan kastam di bandar Zabaikalsk selepas melancong ke China.

“Dia tiba-tiba rebah dan pengsan. Pemeriksaan ke atasnya mendapati jantungnya tidak lagi berfungsi,” kata pegawai di agensi pelancongan, Roza Vetrov kepada Interfax. – AFP

Tiada ulasan: