05 November 2011

Kenapa Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah?

8 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com

Agak mengejutkan apabila PM, DS Mohd Najib Tun Razak terpaksa diberikan kawalan keselamatan sewaktu menunaikan hajinya di Mekah.

Ia memberikan pelbagai persepsi yang menghairankan seolah-olah Mekah sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan kedua sudah ada "kasta" di dalam Islam yang membezakan seorang pemimpin negara dengan rakyat terbanyak, sekaligus mencemarkan ibadah haji yang sepatutnya menyamaratakan semua manusia tanpa mengira pangkat, kedudukan, harta dan harta.

Berikut dipetik dari blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit:

Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad :





Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak :







Presiden Iran :

Beliau juga dikawal oleh tentera Arab Saudi tapi tidaklah sampai 23 pengawal tentera yang berpegangan tangan seperti Najib.Beliau lebih bebas bergerak bersama jamaah haji serata dunia.

Inilah falsafah haji sebenar, tiada kaya, meskin, hamba, bangsawan, orang putih atau hitam, mereka semua tiada beza disisi Allah...

Perdana Menteri Malaysia :

Ketika Najib dan Rosmah mengerjakan ibadah haji. Seramai 23 orang askar Arab Saudi diperlukan untuk mengepong mereka bagi memastikan tiada jemaah haji lain yang dapat datang menghampiri dan berasak-asak dengan mereka.

Fadhilat ditinggalkan, hanya kerja haji yang dibuat. Antara tujuan mengerjakan ibadah haji adalah merasai pengorbanan, keperitan, kesusahan para anbiya' terdahulu dengan tidak membezakan pangkat, darjat, kuasa, harta dan sebagainya.

Kesimpulan :

biarpun berisiko tinggi diapa-apakan oleh musuhnya, Presiden Iran ini hanya menerima kawalan keselamatan minimum semasa menunaikan haji. .Itu Presiden Iran, orang yang banyak musuh di dunia ini.

Apa hal pula dengan Najib yang sudah tentunya tidak bermusuh dengan AS atau Israel? Namun, apabila melihat puluhan pasukan keselamatan Saudi mengawalnya sambil berpegangan tangan, 1Malaysia (kecuali pencacai) berasa pelik dan hairan.

10 ulasan:

syed berkata...

Darjah tawakal kepada Allah berbeza antara manusia

PAK MAT berkata...

2x5.... dengan pemerintah Arab Saudi....konon ikut sunnah

Tanpa Nama berkata...

Kita pelik dan hairan bila lembu tiba2 naik bas tapi bila perlunya kawalan sudah berada ditanah cuci so tunggu apa lagi tukar saja pemimpin yang macam ni, lebih takut pada peluru sesat dari takut pada Allah.

Allah nak tunjuk pada kita begitulah bila manusia sudah sehabis megah.

Tanpa Nama berkata...

mohon tanya cikit..

najib boleh aturkan ke brapa orang pegawai..

atau kerajaan arab saudi yang sediakan..

tolong penulis kupas cikit..

suka sangat cari isu untuk orang membenci..

kenapa payah sangat nak bersatu sesama islam..

mu penulis mengucap cara mana..

najib mengucap cara mana...

insaflah wahai penulis...

hasan bin muhd darwis berkata...

assalamualaikum,

sepatutnya saudara mendoakan kesejahteraan beliau dan semua jemaah haji tidak kira apa jenis kedudukan pun. lagipun PM kita ditawarkan oleh kerajaan arab saudi untuk di kawal. takkan nak menolak? serupa jugalah kalau kawan karib saudara ada datang ke rumah takkan buat selamba sahaja. misti kita alu-alukan. begitu juga layanan kerajaan arab saudi terhadap najib sebagai rakan. tidak kiralah ada pengawal ke tidak, dia tu muslim macam kita juga. adakah saudara tertinggal pelajaran paling penting semasa belajar agama dahulu? mendoakan kesejahteraan orang yang melakukan amal kebaikan itu lebih utama daripada buruk sangka. mana rasional anda sebagai saudara se-agama?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

Pm tu manusia biasa, kalau arab saudi offer pun tak perlulah beria sgt sampai 23 org, kot ye pun 10 org pun dah kire ok apa, nanti org pikir sombong sangat sampai org lain tak boleh dekat ke kat dia,huhu..pelik..Allah tu Maha Berkuasa, tak perlulah berkawal sangat, Dia sahaja yang jamin keselamatan hambanya walua dimana hambanya berada, tapi ape pun hanya Allah jer yang Maha Mengetahui ape hikmah yang berlaku, mungkin untuk melihat jenis pemimpin kite macam mane, atau ambil iktibar dari prkara yang berlaku,..

Tanpa Nama berkata...

nak kawal ke tidak ke biarlah dia.jgn buruk sangka..ds najib pun bukan jahil sgt tentang agama.untuk menilai seseorang bukan kita.mungkin dah reski dia mcm itu.Allah dah permudahkan untuk dia cara begitu.kita sebagai manusia biasa jgn menilai dan jgn memberi markah ibadah orang lain....yg penting doakan saja semuga ibadahnya di terima dan dia sihat sejahtera.itu saja.Allah jua yg mengetahui semuanya.untuk diri sendiri pula,jgn lah bila dah berkopiah,serban melilit kepala,wah terasa akulah orangnya yg layak menilai.... Subahanallah, jangan tuan tuan jangan...

Tanpa Nama berkata...

najib pun tak cerdik aturle juga kawalan dengan memakai ihram takle nampak sangat dikawal dan ini lebih selamat jika ada sabotaj musuh tak le cam sangat pegawai keselamatan lagio tak cerdik nak kawal pm ahmadi nejad cerdik pengawalnya berihram sama

Tanpa Nama berkata...

ini bukan buruk sangka. semua manusia same disisi Allah.
memang tak salah dia dikawal, tapi kan da timbul kan fitnah.
kan dosa tu bila apa yang kita buat menimbulkan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dinaikkan taraf pemimpin Syiah di sini, mereka lebih teruk daripada Yahudi, Syiah ini bersifat taqiyyah yakni berpura-pura, Syiah bukanlah mazhab dalam Islam tetapi agama sesat, Najib banyak kekurangan tapi bandingkanlah dengan pemimpin yang lebih sesuai, :)