21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KAMPUNG BARU RPK –Seorang nenek di sini, tinggal menyewa dan hidup daif bersama anak dan cucunya.
Gayah Awang Kechik, 77, berkata, dia tidak pernah merasa tinggal di rumah sendiri seperti orang lain yang mempunyai rumah sendiri dan hidup selesa.
Menurutnya, rumah yang disewa cucunya juga tidak sempurna, berikutan bahagian bumbung yang bocor dan hanya mempunyai sebuah bilik sekali gus tidak dapat menampung sembilan isi keluarganya.
“Rumah yang disewa RM70 sebulan ini, sempit dan tidak selesa untuk didiami kami sekeluarga.
“Selain itu, bekalan air tiada menyebabkan anak dan cucu terpaksa mengangkut air di telaga yang jaraknya 500 meter dari rumah, ”katanya kepada Sinar Harian.
Gayah berkata, dia bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300, dan dapat meringankan beban anak dan cucunya untuk membeli keperluan harian.
“Saya hanya mahu rumah yang selesa kerana sudah tidak tahan lagi tinggal menyewa, namun sehingga kini impian ingin memiliki kediaman sendiri masih tidak kesampaian. Saya hanya mampu berdoa dan berharap ada pihak yang sudi membantu,” katanya.
Cucu sulungnya, Rasidah Abd Wahad, 32, berkata, ketiadaan tanah menyukarkan impian neneknya untuk tinggal di rumah sendiri, dan terpaksa tinggal menyewa bersamanya.
Menurutnya, dia yang sejak kecil tinggal bersama neneknya sering berpindah.
“Saya dan suami sudah dua tahun tinggal menyewa dekat sini, bersama nenek dan bersama bapa saudara. Mereka hanya bekerja kampung dan tidak mampu untuk beli tanah dan bina rumah sendiri.
“Berikutan itu, saya minta pihak berkenaan bantu nenek untuk peroleh rumah sendiri,” katanya.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan