22 September 2012

Kenyataan Media : Najib minta satu penggal lagi untuk bawa pembangunan , rakyat sudah tunggu 12 penggal


6 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari ini dengan meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini, dilihat sebagai satu tindakan terdesak sebelum menjelang PRU 13 tidak berapa lama lagi.


Najib dipetik sebagai berkata "Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.



Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.



Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.



Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.




Sedangkan pada realitinya rakyat sebenarnya telah menunggu selama 55 tahun , dimana setiap kali pilihanraya pemimpin BN menjanjikan sesuatu yang terbaik tetapi sentiasa diabaikan begitu sahaja.



Bila PRU sudah menjelang tiba mereka mula menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat. 



Saya melihat tindakan terdesak Najib pada hari ini adalah dalam keadaan BN yang sudah sedia ditumbangkan oleh gelombang rakyat. Nyawa BN yang sudah berada ditahap nyawa-nyawa ikan nampaknya sudah tidak dapat diselamatkan.



Kekuasaan BN selama 55 tahun yang berada dihujung tanduk nampaknya mendorong Najib untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagaimana janji manisnya pada hari ini.



Drs. Khalil Idham Lim

ADUN Titi Serong.

2 ulasan:

Tajul Muluk berkata...

Kalau sepenggal lagi BN perintah NEGARA BANKRUPT. Jutawan dari kalangan pemimpin dan kroni BN akan bertambah. Rakyat?
Apa dia orang peduli hal rakyat! Rakyat hanya kuli untuk membuat mereka kaya. RAKYAT AKAN TERBEBAN DAN TERUS MENDERITA. YANG SUSAH BERTAMBAH SUSAH.

JANGAN UNDI DACING! JANGAN UNDI DACING! JANGAN UNDI DACING!

Dean berkata...

berapa banyak lagi peluang yang kau nak...?dah 55 tahun lah rakyat bagi peluang..apa yang kau buat dengan peluang tu...kau ingat selamanya kau boleh tipu rakyat....?sudah2 lah tu...tapi aku akan bagi juga peluang untuk kau menjadi ketua pembangkang amcm....?ok..?