17 Syawal 1433H. [MOD] - Seorang gadis 19 tahun- antara 11 individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.
Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.
Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.
Menurut Norman, gadis yang juga model sambilan itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu. (MKini)
2 ulasan:
Ikut rukun negara bukan perlembagaan tak cerita setia pada pm atau kroni dia yg ada setia pada agong tak tau pulak keluruhan undang2 itu perlu setia pada najib kalau ikut zaman khalifah abu bakar dah lama puak politik malaysia ni kena hukum pacung sila refer omar al khatab menghunuskan pedang beliau jika abu bakar tak betul pem
impin malaysia boleh kebuat macam ni
pemimpin pakatan tak pernah suruh kamu buat mcm tu, kalau nak berjuang dan tunjuk berani jgn ikut stail perkasa, meh tolong semak pengundi hantu, daftar anak2 ahli ke daftar pemilih ke, tolong kempen utk pktn ke, bnyak cara ada. sy bgi cnth aje
Catat Ulasan