16 Disember 2012

Jelas saman tidak semesti setuju dengan AES

1 Safar 1433H. [MOD] -

Saya tertarik dengan beri yang disiarkan oleh Bernama pada hari ini yang menyatakan lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 Sept lalu.


Namun jelas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

Bagi saya membayar saman AES bukalah bermaksud bahawa mereka yang membayar saman tersebut bersetuju dengan peraturan baru yang dikuatkuasa Kerajaan itu. Denda yang dikenakan jelas menyusahkan dan membebankan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai bayaran dan cukai yang lain.

Kemungkinan atas dasar nama mereka di senarai hitamkan dan tidak boleh membayar cukai jalan kenderaan mereka terpaksa membayar saman tersebut.

Selain itu pihak Kerajaan mestilah menyedari bahawa dakwaan saman AES adalah untuk mengurangkan kemalangan maut adalah sangat rapuh dan longgar.


Hakikatnya dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad yang dipetik berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun.

Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia.


Pelbagai lagi perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan kalau ingin mengurangkan kemalangan maut seperti keadaan jalan yang masih banyak yang mendedahkan pemandu kenderaan pelbagai jenis kepada kemalangan.

Bukannya dengan mengambil saman sebagaimana yang mendapat bantahan ramai semudahnya kemalangan maut dapat diselesaikan.


Idham Lim.



Tiada ulasan: