Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga
kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di
tiga lokasi berasingan, kelmarin.
Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.
Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun
didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.
Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh
puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak
seminggu lalu.
Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya
diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat
kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di
Hospital Selayang.
Harian Metro
1 ulasan:
daripada itulahh, kitew perlu berhati2 memilihteman lelaki, jangan lahh terlAlu muda kerana mereka itu tidak mahu lagi berumah tngga.. mereka cuma ingn keseronokkan..
Catat Ulasan