14 Rejab 1434 H. [MOD] -
DUBAI 24 Mei - Iran semalam menafikan laporan tentang sebuah drone miliknya menceroboh ruang udara Bahrain yang menempatkan Armada Tentera Laut Kelima Amerika Syarikat (AS).
Kelmarin, Menteri Penerangan Bahrain, Samira Rajab mendakwa, sebuah pesawat tanpa pemandu dikesan memasuki ruang udara di perairan Teluk antara Bahrain dan Arab Saudi.
Bagaimanapun, agensi berita Iran, IRNA yang memetik kenyataan seorang pegawai Kementerian Luar, menafikan tuduhan tersebut dan menggesa kerajaan Bahrain tidak membuat tuduhan sedemikian.
Sebaliknya, pegawai yang enggan dikenali itu mengingatkan kerajaan Bahrain untuk menyelesaikan masalah tuntutan rakyat di negara itu yang mahukan perubahan dan keadilan. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan