27 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa dengan suasana selepas PRU13 yang cuba mengaitkan sentimen 'nakal' dengan Pakatan Rakyat (PR) terutama isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Kami tegaskan, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadi pegangan kepada seluruh rakyat semenjak kita merdeka sehingga kini.
“Bagi kami, apa yang sedang berlaku adalah cubaan pihak-pihak tertentu meletakkan kesalahan tersebut di bahu kami di dalam PR,” tegas Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.
Katanya, cubaan pihak-pihak tertentu 'mengaitkan' kenyataan berbentuk tulisan di media sosial dengan PR dan membina persepsi bahawa PR dikaitkan dengan penghinaan tersebut amat dikesali.
Tegasnya lagi, DPPM dengan tuntas dan segera mencadangkan pimpinan PR yang telah memenangi PRU13 yang lalu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan taat setia.
Sekarang ini, ujarnya masih banyak usaha-usaha pihak tertentu 'menyamar' dengan memburukkan Institusi Raja yang sedang berleluasa.
Tambahnya, DPPM memohon pihak polis menangani isu itu tanpa prejudis dan segera bagi menghalang wabak tidak sihat itu menular.
“Atas sifat rakyat yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kami menyembah taat setia dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya dalam kenyataan.
Katanya, DPPM yakin, bersama-sama AMK dan DAPSY memohon merafak sembah atas kapasiti sebagai anak muda yang sayangkan kepada Institusi Diraja dan bersedia mengadap jika diperkenan atas perkara tersebut.
“Kami yakin anak muda di luar sana akan bersama kami menjunjung Institusi Diraja yang menjadi payung kepada rakyat,” ujarnya.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan