01 Julai 2013

Kuala Besut: PAS T’ganu senarai pendek calon


22 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu tidak membayangkan cadangan DAP agar Pakatan Rakyat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut sebagai ketetapan sebaliknya bersiap sedia menghadapinya. 

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata tidak timbul soal memboikot kerana PAS sedang membuat persiapan untuk bertanding PRK Kuala Besut.

Ini kerana, katanya PAS negeri melihat PRK Kuala Besut kali ini amat penting dan parti akan membuat persiapan rapi.

Bahkan, kata beliau, PAS telah pun mengenal pasti beberapa nama calon dalam senarai pendek untuk dinilai dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, PAS negeri juga berpandangan pilihan raya tersebut penting kerana melibatkan kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

“Ini penting kerana melibatkan kedudukkan kerusi sama ada (PR) kekal 15 dan 17 (BN) atau akan bertukar jadi 16 (PR) dan 16 (BN) kerusi Dun Terengganu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri di sini, hari ini.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam memberitahu PAS negeri telah Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai pengarah PRK itu. 

harakahdaily/-

Tiada ulasan: