13 Januari 2022

Pakej Insentif Percukaian Khas tarik pelabur ke Kelantan

 

KOTA BHARU: Pakej Insentif Percukaian Khas yang mesra pelabur dilulus Kementerian Kewangan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan.

]Mesyuarat tersebut turut dianggotai wakil kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(ECERDC) baru-baru ini.

Menurut portal Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) mesyuarat tersebut turut membincang usaha bagi merancakkan pembangunan ekonomi Kelantan.

Ia meliputi sektor minyak dan gas, pembuatan, logistik, pelancongan dan pembangunan modal insan.

Menteri Besar berkata, sehingga sekarang pencapaian ECERDC begitu memberangsangkan hasil kerjasama erat berbagai pihak termasuk kerajaan negeri, ECERDC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Saya juga berharap pelaksanaan pembangunan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) serta lain-lain infrastruktur dipercepatkan dan diberi keutamaan bagi mengekalkan kelebihan saingan kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar kajian terperinci dilaksanakan untuk mengkaji impak projek Chumphon-Ranong Land Bridge yang dilaksanakan kerajaan Thailand.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Thailand merancang membangun ‘jambatan darat’ yang meliputi lebuh raya dan landasan kereta api yang menghubungkan dua pelabuhan di Laut Andaman dan di Teluk Thailand.

Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob dilapor berkata Thailand selatan memiliki potensi untuk menjadi gerbang pertukaran kapal dan pertukaran antara benua. – HARAKAHDAILY 12/1/2022


Insentif tersebut termasuk pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 15 tahun dan 17 peratus untuk lima tahun selanjutnya.

Perkara itu dibincang pada mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Tiada ulasan: